Loading media...

Unable to load content
10 Filem Terbaik Lakonan Jared Leto
Keira Knightley Enggan Lagi Berlakon Babak Panas
Dr Sheikh Muszaphar & Dr Halina Selamat Timang Anak Ketujuh
Kanye West Tawar Vaksin Covid-19 Percuma Di Acara Ketiga Donda
Samsung Galaxy Z Flip Generasi Telefon Pintar Berinovasi
Home > Gaya Hidup > Usaha Hailey Bieber Untuk Memperkasa Wanita Dipandang Remeh

Usaha Hailey Bieber Untuk Memperkasa Wanita Dipandang Remeh

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Entah di mana silapnya, media jarang memberi perhatian kepada usaha murni yang dilakukan Hailey Bieber.

Apabila Hailey memuat naik hantaran berkenaan suaminya, Justin Bieber atau kala menggayakan persalinan pereka terkenal, segala perhatian tertumpu kepadanya. Namun apabila berkongsi mengenai isu sosial, usahanya tidak dipedulikan. Adakah media tidak berminat dengan apa yang diperjuangkannya, atau Hailey tidak dipandang serius sebagai jurucakap?

Sejak beberapa hari lalu, Hailey memberi peluang kepada beberapa wanita berpengaruh mengambil alih akaun Instagramnya untuk menyebarkan gelombang perubahan sosial. Wanita pertama adalah @ucheblackstockmd dengan misinya untuk “menutup jurang perbezaan antara kaum.” Video ini mendapat setengah juta tontonan, namun media tidak melaporkan berita ini mahupun usaha murni Hailey.

https://www.instagram.com/p/CLcRdjIhsdM/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=embed_video_watch_again
Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse