Loading media...

Unable to load content
Taylor Swift Peminat Tegar Deadpool
10 Foto Paling Popular Di Instagram Tahun 2017 Milik 3 Individu Sahaja
Gemma Ward Perjelas Sebab Dia Berehat Dari Dunia Peragaan
GLAM PROMOSI – NOVEMBER 2017
LUST NIGHT membawakan koleksi terbaru daripada Saint Laurent
Home > Uncategorized > Valentino Mahu Membeli Balmain Dengan Harga €500 Juta

Valentino Mahu Membeli Balmain Dengan Harga €500 Juta

Disebalik kesibukan minggu fesyen adi busana Valentino dikatakan berhasrat untuk membeli jenama Balmain di bawah arahan kreatif Olivier Rousteing dengan harga €500 juta seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar Perancis Les Echoes.

 

Selain Valentino, Balmain turut mendapat tawaran daripada sebuah kumpulan fesyen dari China dan juga pelabur dari Amerika Syarikat dan menurut akhbar tersebut, kedua-dua Valentino dan Balmain masih lagi belum mengeluarkan kata putus.

 

Les Echoes juga melaporkan bahawa dengan penjualan ini, jenama Balmain boleh bernilai sehingga  €300-€400 juta. Buat masa kini, pendapatan tahunan untuk Balmain bernilai €30 juta mengikut laporan Business of Fashion.

 

Jika tawaran ini benar, waris dan pemilik Balmain yang kini diberikan masa sehingga Khamis, 7 April tahun ini untuk membuat keputusan. Maklumat ini dilaporkan sejurus selepas waris Hivelin yang menyatakan hasrat mereka untuk menjual jenama tersebut.