Sonny San Meninggal Dunia
7 Momen Paling Signifikan Dalam Sejarah Fesyen Malaysia
Siapa Pemegang Watak Kate Middleton Dalam Filem King Charles III?
Heidi Klum Bersama Anak Sulungnya di NY
Trio Pop Terbang ke Paris Bersama Victoria’s Secret
Home > Uncategorized > Gemma Ward Perjelas Sebab Dia Berehat Dari Dunia Peragaan

Gemma Ward Perjelas Sebab Dia Berehat Dari Dunia Peragaan

Mercedes-Benz Fashion Week Australia 2015 - Ellery - ArrivalsGambar: TPGVIP

  Setelah enam tahun mendiamkan diri dari dunia peragaan, Gemma Ward membuat kemunculan mengejut dengan berjalan di pentas musim bunga/panas 2015 Prada yang lalu.   Menerusi temu bual bersama news.com.au, Gemma menjelaskan mengenai perkara itu. “Saya mencuba benda lain jauh dari dunia peragaan dalam usaha untuk mencari diri saya sendiri. Selain itu, saya turut meneroka perkara yang merupakan sebahagian dari diri saya iaitu melukis serta menulis dan bermain muzik. Ianya bukanlah dalam perancangan asal untuk berehat dalam jangka masa yang lama tetapi saya amat berpuas hati dengan waktu yang diambil kerana ianya amat berbaloi.”   Mengenai comeback yang dilakukannya, dia berkata “Saya merasa lebih konfiden dan memikirkan sudah tiba masanya untuk berkongsi diri saya dengan dunia.”