Waris Selebriti Yang Tidak Menumpang Populariti Ibu & Bapa Mereka
Hujung nama Depp, Beckham, Jackson, Eastwood, pasti dibenak tergambar wajah kacak mereka. Begitu juga nama Madonna, Lisa Bonet dan Cindy Crawford yang nama mereka cukup besar. Apa pula kisah anak-anak mereka?
Sejak kecil diburu media seiring populariti ibu bapa masing-masing. Terkadang dijerat dengan kisah kontroversi, anak-anak ini menjadi perhatian. Mereka ini cukup bertuah kerana meningkat dewasa dengan kemewahan. Malah, ada di antara mereka mengikut jejak ibu bapa.
Bermodalkan rupa paras menawan, anak-anak ini besar menjadi pelakon, penyanyi dan model tersohor. Tidak sukar mereka mencipta nama. Namun, ada yang telah membuktikan mereka bukan sekadar dibayangi nama keluarga tetapi sebenarnya berbakat besar.
Scott Eastwood
Anak Clint Eastwood ini mahu mencipta nama sendiri menggunakan nama akhir ibunya tetapi telah ada pelakon lain dengan nama sama. Dia kemudian tampil sebagai Scott Eastwood dan langkahnya terus mara termasuk berlakon dalam filem The Fate of the Furious (The Fast and Furious 8) dan akan datang Pacific Rim: Uprising dan Overdrive.
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
