10 Soalan Bersama Datuk Nurulhidayah
Choupette, Teman Setia Karl Lagerfeld, Mewarisi Harta £150 Juta
Keraian Fesyen Meriah Dan Glamor Pada Malam GLAM x Glam Lelaki Fashion Night Out 2019 Bersama COACH
Most GLAM 2018: Alicia Amin
Tiga Rupawan Berkongsi Manifestasi Fitness Addict Dalam Menjalani Gaya Hidup Sihat

Waris Selebriti Yang Tidak Menumpang Populariti Ibu & Bapa Mereka

Hujung nama Depp, Beckham, Jackson, Eastwood, pasti dibenak tergambar wajah kacak mereka. Begitu juga nama Madonna, Lisa Bonet dan Cindy Crawford yang nama mereka cukup besar. Apa pula kisah anak-anak mereka?

 

Sejak kecil diburu media seiring populariti ibu bapa masing-masing. Terkadang dijerat dengan kisah kontroversi, anak-anak ini menjadi perhatian. Mereka ini cukup bertuah kerana meningkat dewasa dengan kemewahan. Malah, ada di antara mereka mengikut jejak ibu bapa.

 

Bermodalkan rupa paras menawan, anak-anak ini besar menjadi pelakon, penyanyi dan model tersohor. Tidak sukar mereka mencipta nama. Namun, ada yang telah membuktikan mereka bukan sekadar dibayangi nama keluarga tetapi sebenarnya berbakat besar.

5 of 12
Use your ← → (arrow) keys to browse
 
Kaia Gerber

Siapa berani sangkal wajah Kaia mirip sekali Cindy Crawford malah gadis itu telah memulakan kerjaya modelnya. Dia menjadi pilihan Marc Jacobs fragrance dan kini di bawah jagaan IMG Models. Beberapa imej dipaparkan menjadi viral terutama sesi fotografi pakaian mandi merah yang sinonim dengan Cindy suatu ketika dahulu.

5 of 12
Use your ← → (arrow) keys to browse