Waris Selebriti Yang Tidak Menumpang Populariti Ibu & Bapa Mereka
Hujung nama Depp, Beckham, Jackson, Eastwood, pasti dibenak tergambar wajah kacak mereka. Begitu juga nama Madonna, Lisa Bonet dan Cindy Crawford yang nama mereka cukup besar. Apa pula kisah anak-anak mereka?
Sejak kecil diburu media seiring populariti ibu bapa masing-masing. Terkadang dijerat dengan kisah kontroversi, anak-anak ini menjadi perhatian. Mereka ini cukup bertuah kerana meningkat dewasa dengan kemewahan. Malah, ada di antara mereka mengikut jejak ibu bapa.
Bermodalkan rupa paras menawan, anak-anak ini besar menjadi pelakon, penyanyi dan model tersohor. Tidak sukar mereka mencipta nama. Namun, ada yang telah membuktikan mereka bukan sekadar dibayangi nama keluarga tetapi sebenarnya berbakat besar.
Dakota Johnson
Melanie Griffith dan Don Johnson terkenal suatu ketika dahulu dan kini anak mereka Dakota Johnson mencipta namanya sendiri dalam dunia lakonan. Sedang hangat diperkatakan menerusi filem Fifty Shades of Grey dan Fifty Shades Darker, wajah jelita Dakota memang tidak dinafikan.
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
