Projek Baru Selena Gomez Bersama Netflix Mempunyai 13 Sebab
Kim Kardashian West dan Kanye West Teruja Dengan Kehadiran Anak Perempuan Mereka
Chanel No.5 Bakal Dihentikan?
Kate Middleton Ulangi Sejarah
Most GLAM 2018 Membuka Gerbang Surealisme
Home > Uncategorized > Yuna Tampil Dalam Grey’s Anatomy

Yuna Tampil Dalam Grey’s Anatomy

Yuna

Penyanyi kesayangan Malaysia, Yuna sekali lagi menempa nama sebagai artis antarabangsa apabila lagunya bertajuk “All I Do” dari album Chapters dipilih sebagai salah satu lagu tema untuk episod pertama musim ke-13 Grey’s Anatomy,  siri televisyen popular Amerika Syarikat.

 

Sebelum ini, Yuna berjaya menggarap perhatian dunia melalui lagu “Crush” juga dari album Chapters dimana dia berduet bersama Usher dan tidak lama kemudian dia ditampilkan dalam sebuah majalah fesyen popular Amerika iaitu InStyle.

 

“All I Do” adalah lagu hasil ciptaan bersama David Foster, seorang komposer yang pernah memenangi anugerah Grammy. Yuna kini sedang sibuk menjelajah Amerika untuk melakukan konsert sekitar negara itu.

  Oleh: Lylatul Qadrina