Kehangatan Hari Raya Aidilfitri semakin dirasakan oleh umat Islam di seluruh dunia.
Hanya tinggal beberapa hari sebelum kita menyambut Syawal mulia selepas sebulan menahan lapar dan dahaga. Pastinya umat Islam kini sedang sibuk membuat persiapan diri dan menghias kediaman. Semua ini demi menzahirkan hanya yang terbaik pada pagi raya.

Foto: Twitter
Selain pakaian baru dan pertemuan dengan sanak saudara, lagu-lagu juga mampu menghangatkan suasana. Dahulu kita sering disajikan dengan lagu-lagu malar segar seperti dendangan Saloma, Sudirman, M. Nasir dan P. Ramlee. Beberapa tahun kebelakangan ini kemunculan lagu moden semakin banyak bak cendawan tumbuh selepas hujan. Ia memberi sentuhan berbeza pada industri hiburan tempatan. Lagu-lagu moden tidak kurang hebatnya kerana mampu mengusik jiwa dan menyuntik kemeriahan pada hari lebaran.
Ayuh semarakkan pagi raya dengan dendangan lagu moden popular pilihan Glam.
Penyanyi: IamNeeta, Najwa Latiff, Mimie Haris & Deanna Hussin
Sekali anda mainkan lagu ini, ia akan terus terngiang-ngiang di telinga sehingga ke penghujung Syawal.See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
