Home > Gaya Hidup > 10 Lelaki Terkacak Di Dunia Pada Tahun 2023
10 Lelaki Terkacak Di Dunia Pada Tahun 2023
Senarai lelaki terkacak dan wanita tercantik sentiasa mencuri perhatian peminat di seluruh dunia.
Beberapa tahun kebelakangan ini semakin banyak laman sesawang popular mengeluarkan senarai lelaki terkacak dunia. Pemenang biasanya dipilih oleh laman itu sendiri, namun kaedah yang menjadi kegemaran kini adalah menerusi undian peminat.
Laman sesawang TechnoSports mendedahkan nama sepuluh lelaki paling tampan di dunia dari pelbagai negara dan latar belakang berbeza. Kali ini lebih menarik kerana selain menampilkan selebriti, pemimpin dunia tersohor turut tersenarai.
Aktor Hollywood ini meraih populariti pada awal tahun 2000-an menerusi peranannya dalam High School Musical. Dia kemudiannya menbintangi lebih banyak filem termasuk Hairspray, 17 Again, Baywatch dan The Greatest Showman. Zac Efron bakal muncul dalam filem terbaru berjudul The Iron Claw Disember ini. Dengan personaliti menawan dan wajah tampan, dia berjaya mengumpul peminat dari seluruh pelosok dunia.
Bintang Avengers ini memulakan kerjaya dalam bidang lakonan pada akhir tahun 90-an menerusi siri Opposite Sex dan Boston Public. Namanya melonjak naik setelah menggalas watak Johnny Storm atau Human Torch dalam Fantastic Four pada 2005 diikuti sekuelnya dua tahun kemudian. Bagaimanapun dia paling dikenali menerusi watak ikoniknya sebagai Captain America. Terbaharu, Chris Evans tampil dalam filem Netflix, Pain Hustlers di samping Emily Blunt.
Aktor dan pembikin filem ini telah memperoleh pelbagai anugerah sepanjang kerjayanya termasuk Grammy Award dan British Academy Film Award. Dia mencipta nama menerusi siri televisyen Sex and the City pada 1999 dan membuat kemunculan sulung di layar perak dalam We Hot American Summer dua tahun kemudian. Namanya menjadi sebutan selepas membintangi The Hangover pada 2009. Selain berlakon Bradley Cooper turut bergelar duta beberapa pertubuhan seperti Alzheimer’s Association dan Parker Institute for Cancer Immunotherapy.
Perdana Menteri Kanada ini menjadi satu-satunya ahli politik yang tersenarai dalam 10 lelaki terkacak dunia. Sebelum dipilih sebagai ahli perlimen pada 2008, Justin Trudeau pernah bergelar cikgu dan terlibat dalam beberapa pertubuhan amal. Namanya mencuri perhatian dunia baru-baru ini setelah mengumumkan perceraian dengan bekas personaliti televisyen, Sophie Gregoire. Pada usia separuh abad, bapa kepada dua anak ini bagai tidak dimamah usia dan masih mampu mencairkan hati mana-mana wanita.
Pemilik nama Idrissa Akuna ini terkenal dengan peranannya sebagai Stringer Bell dalam siri The Wire, DCI John Luther dalam siri Luther dan Nelson Mandela dalam filem biopik Mandela: Long Walk To Freedom. Selain bergelar aktor, penerbit dan pemuzik, dia kini seorang usahawan dengan mengeluarkan jenama penjagaan kulit uniseks, S’able Labs dan rangkaian fesyen, Eve of Winston. Dengan ketampanan dan aura maskulin yang dimiliki, Idris Elba dinobat sebagai lelaki terkacak dunia oleh majalah People pada 2018.
Daler Yusuf Buat Kejutan, Umum Isteri Hamil Anak Ketiga
10 Selebriti Popular Ini Merupakan Peminat BTS
Priyanka Chopra & Nick Jonas Berkongsi Aksi Nakal Di Instagram
Eva Celia dari Jakarta, ‘GIRL-CRUSH’ Baru GLAM!
Siri Popular IMDb 2025: Dari The White Lotus Hingga Black Mirror, Ini Pilihan Dunia
GLAM Junior: Eyka Farhana Bakal Timang Anak Lelaki
Legenda bola sepak ini terkenal dengan aksi ligat dan kemahiran tiada tandingan di padang. Memulakan kerjaya bersama Manchester United pada 2003, dia mengumumkan persaraan dua dekad kemudian selepas menggenggam 19 trofi kemenangan. Kini David Beckham merupakan presiden dan pemilik bersama Inter Miami CF, juga pemilik bersama Salford City. Walaupun bergelar bapa kepada empat cahaya mata, dia kelihatan awet muda dan sentiasa tampil segak dalam apa jua busana yang disarungnya.
Pelakon Inggeris berbakat besar ini bukan sahaja pernah memenangi trofi British Academy Film Award dan Saturn Award, malah pernah melakar nama dalam Guinness World Record. Tom Holland menceburi industri hiburan seawal usia sembilan tahun dengan membintangi teater muzikal sebelum menggalas watak sambilan dalam beberapa filem. Namanya menjadi sebutan setelah muncul sebagai Spider-Man atau Peter Parker dalam Captain America: Civil War pada 2016.
Satu-satunya aktor Bollywood yang tersenarai antara 10 lelaki terkacak dunia tahun ini. Hrithik Roshan dikenali kerana bakat serba boleh, mutu lakonan hebat dan karismanya dalam industri perfileman. Dia bermula menerusi filem Kaho Naa Pyaar Hai pada 2000 dan terus membintangi filem-filem hebat seperti Kabhi Khushi Kabhie Gham, Koi Mil Gaya dan Jodhaa Akbar. Selama dua dekad penglibatan dalam industri hiburan, dia telah memenangi pelbagai anugerah dan diiktiraf dengan penghormatan berprestij seperti Padma Shri, salah satu anugerah awam tertinggi India.
Bermula sebagai model, pelakon Inggeris ini menceburi bidang lakonan menerusi Dark Kingdom: The Dragon King pada 2004 diikuti Harry Potter setahun kemudian. Namanya melonjak naik setelah membintangi trilogi The Twilight Saga. Selain berwajah tampan dan merendah diri, Robert Pattinson juga dikenali sebagai antara artis yang dermawan. Dia sentiasa memberi sumbangan dan sokongan kepada beberapa badan amal termasuk GO Campaign, Stand Up to Cancer dan International Medical Corps.
V BTS atau nama sebenarnya Kim Taehyung mencuri hati peminat di seluruh dunia dengan bakat serba boleh yang dimiliki. Selain bergelar penyanyi, penulis lagu dan pelakon, dia aktif menyokong pertubuhan amal seperti Korean National Association of the Dead serta kempen kesedaran untuk kesihatan mental dan kanser kanak-kanak. Dia baru-baru ini muncul dengan album solo pertama berjudul Layover.
Foto: People/Vogue/Instagram
Baca: 10 Wanita Paling Cantik Di Dunia Pada Tahun 2023
Berikut senarai lelaki terkacak di dunia pada tahun ini
10. Zac Efron, 36
:max_bytes(150000):strip_icc():focal(604x154:606x156)/zac-efron-circus-063023-1-a15f4919e2824960af203b29de0b8e93.jpg)
Foto: Getty Images
9. Chris Evans, 42

Foto: Getty Images
8. Bradley Cooper, 48

Foto: Getty Images
7. Justin Trudeau, 51

Foto: Getty Images
6. Idris Elba, 51

Foto: Getty Images
5. David Beckham, 48

Foto: Getty Images
See Also
4. Tom Holland, 27

Foto: Getty Images
3. Hrithik Roshan, 49
Foto: Facebook
2. Robert Pattinson, 37

Foto: Getty Images
1. Kim Taehyung, 28

Foto: Musical Mundial
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
