Related Stories
Home > Gaya Hidup > 5 Filem Terbaik Dian Sastrowardoyo, Bintang Gadis Kretek
5 Filem Terbaik Dian Sastrowardoyo, Bintang Gadis Kretek
Dian Sastrowardoyo mencipta nama dalam industri hiburan Indonesia sejak awal 1996 namun hanya dikenali di Malaysia sekitar tahun 2000-an.
Memulakan kerjaya sebagai model, dia melangkah ke dunia lakonan menerusi filem indie Bintang Jatuh pada 2000. Bagaimanapun filem keduanya, Pasir Berbisik pada 2001 yang menaikkan namanya di Indonesia. Menjayakan watak remaja pelarian bernama bernama Daya, Dian Sastrowardoyo dinobat sebagai aktres terbaik pada 2002 di Deauville Asian Film Festival di Perancis dan Singapore International Film Festival.
Sejak itu aktres berusia 41 tahun ini telah menghidupkan pelbagai karakter dalam filem menerusi bakat luar biasanya. Malah dia pernah muncul sebagai cameo dalam filem Puteri Gunung Ledang lakonan Tiara Jacquelina dan M Nasir pada 2004. Terbaharu bintang berketurunan Jawa ini muncul menerusi siri Netflix, Gadis Kretek yang meraih pujian daripada peminat dan pengkritik.
Berikut lima filem terbaik Dian Sastrowardoyo yang anda wajib tonton
1. Ada Apa dengan Cinta? (2002)
Turut dibintangi oleh: Nicholas Saputra, Ladya Cheryl, Adinia Wirasti, Sissy Prescillia Skor IMDb: 7.7/10 Filem yang menaikkan nama aktres ini di Malaysia. Mengisahkan tentang kisah cinta remaja antara Cinta (Dian) dan Rangga (Nicholas) yang datang dari latar belakang keluarga berbeza. Mereka menghadapi pelbagai konflik dan cabaran dalam menjalin hubungan.2. Pasir Berbisik (2001)
Turut dibintangi oleh: Christine Hakim, Slamet Rahadrjo, Didi Petet, Dessy Fitri Skor IMDb: 7.6/10 Filem ini berkisar tentang Daya (Dian), seorang gadis remaja yang tinggal di sebuah perkampungan miskin berdekatan pantai bersama ibunya, Berlian (Christine). Ayah Daya menghilang saat dia masih kecil, membuatkan ibu menjadi sangat protektif. Daya sering membayangkan kepulangan bapanya. Kala berbaring di atas pasir, dia merasa seakan pasir itu berbisik kepadanya. Dia turut menanam harapan agar bapanya akan pulang dan membawa dia pergi bersama. https://www.youtube.com/watch?v=WkzmqE0aVkM&pp=ygUXUGFzaXIgQmVyYmlzaWsgdHJhaWxlciA%3D3. Kartini (2017)
Turut dibintangi oleh: Acha Septriasa, Reza Rahardian, Christine Hakim, Adinia Wirasti Skor IMDb: 7.6/10 Filem biografi ini mengisahkan tentang perjuangan Kartini (Dian), aktivis dan pelopor kebangkitan wanita Indonesia. Tokoh ini gigih memperjuangkan hak dan pendidikan wanita pada era penjajahan Belanda. Pada awal abad ke-20, kaum Hawa tidak dibenarkan mendapat pendidikan tinggi. Bersama dua adik-beradiknya, Roekmini dan Kardinah, Kartini menubuhkan sekolah untuk wanita dan kaum miskin serta mewujudkan peluang kerja untuk rakyat di Jepara dan sekitarnya.4. Ada Apa Dengan Cinta? 2 (2016)
Turut dibintangi oleh: Nicholas Saputra, Ario Bayu, Adinia Wirasti, Sissy Prescillia, Titi Kamal Skor IMDb: 7.2/10 Sekuel Ada Apa Dengan Cinta? ini mengikuti kehidupan Cinta (Dian) yang kini menjadi pemilik Mini Pop Art Cafe di Jakarta. Bersama rakannya, dia menghiburkan Karmen yang semakin pulih daripada ketagihan dadah. Milly telah berkahwin dengan bekas rakan sekolahnya, Mamet dan sedang hamil anak pertama. Maura juga telah berumah tangga dan memiliki empat anak. Cinta dan rakan-rakannya membuat rancangan bercuti ke Yogyakarta. Namun siapa sangka sebaik tiba di sana, dia terserempak dengan bekas kekasihnya, Rangga (Nicholas). Apa yang menyulitkan keadaan adalah dia kini sudah pun bergelar tunangan kepada Trian.5. Aruna & Lidahnya (2018)
Turut dibintangi oleh: Nicholas Saputra, Ayu Azhari, Hannah Al Rashid, Oka Antara Skor IMDb: 7.1/10 Filem adaptasi novel ini mengisahkan pengembaraan kulinari Aruna (Dian), Bono, dan Nad untuk mencari makanan enak di pelbagai lokasi di Indonesia. Sambil menikmati hidangan istimewa, mereka terlibat dalam perbualan yang mendedahkan rahsia tersembunyi dari masa lalu. Baca: Filem Terbaik Lakonan Margot Robbie Selain BarbieSee Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
