Related Stories
Home > Gaya Hidup > Disebalik Stereng, Kembalinya Keyakinan Diri
Disebalik Stereng, Kembalinya Keyakinan Diri
By
Julia Azman
Julia Azman
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full Bio|
Dec 17, 2025
Sharifah Sakinah ini berkongsi tentang kerjaya, kehidupan dua negara, takut yang lama terpendam, dan perjalanan menemui semula dirinya di atas jalan raya.
Pagi di Kuala Lumpur berbeza dengan pagi di Bali. Di sini, dia bangun kepada bunyi notifikasi telefon mesej daripada pengurus, reminder tentang sesi bacaan skrip petang ini, fitting untuk majlis malam esok. Kehidupan sebagai aktres tidak pernah benar-benar berhenti. Ada sentiasa sesuatu yang perlu dihadiri, seseorang yang perlu ditemui, satu lagi projek yang perlu diselesaikan.
Tetapi di Bali, paginya miliknya sendiri. Kehidupan ternyata beri kebebasan yang dia impikan bersama pasangan tercinta dan hadirkan diri ke sesi holistik dan berdamai dengan alam semula jadi, buat dia lupa akan dirinya Sharifah Sakinah.
“To be honest… I sudah lama tidak memandu!” Sepuluh tahun. Satu dekad penuh tanpa memegang stereng sendiri. Bukan kerana dia tidak tahu caranya, tetapi kehidupan yang sibuk membuatkan dia bergantung kepada orang lain untuk membawanya dari satu tempat ke tempat lain.
Ada sesuatu tentang memandu yang Sakinah tidak pernah katakan dengan lantang kepada sesiapa. Mungkin ia tentang kawalan, bagaimana rasanya bila kita yang menentukan ke mana hendak pergi, berapa laju, bila hendak berhenti. Mungkin ia trauma yang lalu, yang sering menghantui dirinya saat dia ingin memandu yang membuatkan sehingga kini dia tidak lagi percaya akan dirinya!
“Gemuruh, takut segalanya bermain di minda!” ujarnya tentang perasaan pertama kali kembali di tempat pemandu selepas sekian lama. Dan kami faham. Bukan semua orang berani mengaku mereka takut, terutamanya pada perkara yang kelihatan mudah bagi orang lain. Kata Sakinah lagi, kehidupannya adalah tentang navigasi. Bukan hanya navigasi fizikal tetapi navigasi identiti. Di Malaysia, dia perlu “on” sepanjang masa, senyum untuk kamera, profesional di set penggambaran. Setiap pergerakan adalah persembahan.
“Ternyata mengubah persepsi saya sekelip mata! Saya kembali yakin dan tiada lagi trauma untuk memandu,” kata Sakinah, dan ada satu kelegaan dalam suaranya yang sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata. Ia bukan hanya tentang memandu kereta,ia tentang membuktikan kepada diri sendiri bahawa dia masih mampu. Lagi pula pengalaman pemanduan pertamanya bersama Volvo XC90 yang cukup terkenal dengan sistem keselamatan aktif terutama iaitu Pilot Assist iaitu generasi baharu dengan Adaptive Cruise Control.
Takut Yang Tidak Pernah Diucapkan

Apabila Persepsi Berubah Sekelip Mata
“Ternyata mengubah persepsi saya sekelip mata! Saya kembali yakin dan tiada lagi trauma untuk memandu,” kata Sakinah, dan ada satu kelegaan dalam suaranya yang sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata. Ia bukan hanya tentang memandu kereta,ia tentang membuktikan kepada diri sendiri bahawa dia masih mampu. Lagi pula pengalaman pemanduan pertamanya bersama Volvo XC90 yang cukup terkenal dengan sistem keselamatan aktif terutama iaitu Pilot Assist iaitu generasi baharu dengan Adaptive Cruise Control.
“Volvo berjaya memujuk hati saya untuk mencabar diri untuk kembali yakin,” — Sharifah Sakinah“Setiap pitstop bagi saya punya momen berbeza. Saya bernyanyi, ketawa, dan hanya exhale…,” katanya. Memandu memberinya ruang untuk bernafas, ruang untuk menjadi dirinya tanpa penonton, tanpa ekspektasi. Dalam kereta, tiada siapa yang menilai. Tiada siapa yang mengkritik. Hanya ada Sakinah, jalan di hadapan, dan lokasi yang ingin dituju. Musik Itu Terapi Jiwa Dan Perasaan…. “Playlist Carpool Karaoke adalah terapi untuk menghilang perasaan takut saya!” kata Sakinah! Sepanjang dia berada di dalam kereta, dia lebih senang untuk berada di belakang dan sekadar menenangkan diri. Namun, apabila kali pertama memegang stereng lagi pula bersama playlist lagu yang membangkitkan mood, sedikit sebanyak ia merawat perasaan gementarnya. Pengalaman Sakinah mengajar GLAM bahawa anda tidak pernah terlambat untuk mengambil semula kawalan. Tidak pernah terlambat untuk duduk di tempat pemandu dan memilih destinasi sendiri.
Tonton video penuh #MyVolvoVibe Fireside Podcast di Youtube GLAM Malaysia
Artikel berkaitan Refreshed Volvo XC60 Kini Di MalaysiaSee Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026