Loading media...

Unable to load content
Dark Coklat Termahal & Paling Rare Di Dunia
Percutian Kolonial Tropika Di The Danna Langkawi
Salma Hayek Dedah Pengalaman Hampir Maut Akibat Covid-19
GBC Love Wellness: Sesi Aqua Fitness Bertenaga Di Sunway Resort
7 Snek Halal Wajib Cuba Tahun Baru Cina 2026
Home > Gaya Hidup > JLo Sahkan Perhubungan Dengan Ben Affleck Menerusi Satu Foto Intim

JLo Sahkan Perhubungan Dengan Ben Affleck Menerusi Satu Foto Intim

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Jennifer Lopez memilih untuk meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-52 bersama Ben Affleck.

Sabtu lalu, pelantun lagu Cambia El Paso itu berkongsi sekeping foto dirinya sedang bercumbu dengan Ben di atas sebuah bot.

Menerusi foto yang dimuat naik di Instagram itu, JLo menayang susuk seksinya dalam pakaian mandi rona merah-kuning yang dipadankan bersama kaftan flora rona terang, aksesori emas dan topi. Ben pula memilih persalinan yang lebih kasual.

“52… What it do…,” tulisnya di ruangan kapsyen berserta emoji hati.

Ini merupakan kali pertama JLo berkongsi sesuatu mengenai percintaannya dengan Ben, sekali gus mengesahkan perhubungan mereka yang sedang menjadi perbualan hangat di media sosial.

 

Foto: Instagram

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse