Related Stories
5 Monarki Terkaya Di Dunia, Brunei Tidak Tersenarai
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioSee Also
Keluarga diraja Brunei dan Thailand antara yang paling kaya di serantau Asia Tenggara, tetapi empat lagi negara di Asia mengungguli carta monarki terkaya di dunia.
Memang banyak orang yang kaya di dunia ini, tetapi mereka kurang mendapat perhatian dunia. Mata kita lebih tertumpu pada kerabat diraja kerana mereka ini mampu menghidupkan fantasi dongeng. Monarki yang hebat diatas takhta masing-masing memberi kisah yang sungguh unik. Bukan sahaja cerita tentang puteri raja yang mana berkahwin dengan putera pilihan hati. Tetapi kekayaan mereka ini juga menjadi fokus global. Ini adalah monarki terkaya di dunia sekarang!
Senarai Monarki Terkaya Di Dunia, Selak Halaman Sebelah.
MONARKI TERKAYA TEMPAT PERTAMA – KELUARGA DIRAJA ARAB SAUDI
The House of Saud sudah menjadi pemerintah diraja negara Arab Saudi sejak 1744 dan kekayaan tanah arab itu datangnya daripada ahsil minyak yang cukup lumayan. Kini dianggarkan keluarga ini memiliki kekayaan sebanyak USD 1.4 Trilion dan menjadikan ia monarki terkaya di dunia. Kekayaan negara ini makin bertambah dengan perlantikan Mohammed bin Salman, anak kepada Raja Salman sebagai Perdana Menteri Arab Saudi sekarang.
Artikel Berkaitan: Don’t Stop the PARTY! Valentino Kembalikan The Party Collection 2022
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
