7 Selebriti Ini Berkahwin Pada Usia Belasan Tahun
Bintang Stranger Things, Millie Bobby Brown memberi petunjuk telah bertunang dengan anak John Bon Jovi, Jake Bongiovi baru-baru ini. Bagaimanapun mereka bukan satu-satunya pasangan selebriti yang memilih untuk berkahwin muda.
Aktres berusia 19 tahun itu berkongsi foto dirinya dan Jake Bongiovi, 20 sedang berpelukan di Instagram minggu lalu. Jelas kelihatan sebentuk cincin bertatah berlian di jari manisnya. Ini sekali gus mengundang spekulasi bahawa mereka telah bertunang dan bakal berkahwin tidak lama lagi.

Dia menulis di ruangan kapsyen, “I've loved you three summers now, honey, I want 'em all.” Ia merupakan barisan lirik daripada lagu Taylor Swift berjudul Lover. Jika berita pertunangan ini benar, mereka bakal menyertai beberapa lagi selebriti yang menamatkan zaman bujang terlalu muda, ketika masih berusia belasan tahun.
Siapakah artis yang berkahwin sebelum sempat mencecah usia 20 tahun?
Janet Jackson
Penyanyi-penulis lagu ini berkahwin lari dengan pemuzik James DeBarge pada 1984 ketika berusia 18 tahun. Pasangan itu sempat melayari bahtera rumah tangga selama setahun sebelum perkahwinan mereka dibatalkan. Pada 1991, Janet Jackson berkahwin secara rahsia dengan penulis lagu dan pengarah video muzik, Rene Elizondo Jr. Dia mengakui merahsiakan perkara itu demi melindung perhubungan mereka.Foto: Getty Images
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
