Flexform kini di Malaysia.
Istimewa – Inovasi Peti Sejuk Mitsubishi Electric
GLAM Deko Idea – Tip Gubahan Bunga
Diari Deko – Semburan Pembersih Semulajadi
Pemilihan Fabrik Cadar Penting Untuk Tidur Yang Sempurna
Home > GLAM Plus > GLAM DEKO > Galeri DEKO > Sinergi Kuning

Sinergi Kuning

yellow 21. Dresser kayu berlaci, Caravan daripada Kalon Studios. www.lullabuy.co.uk 2. Pembakar roti Morphy Richards dengan fungsi empat keping pembakar sekaligus. 3. Sofa Jonah, rekaan James Harrison untuk made.com 4. Kerusi swivel base comeback oleh Patricia Urquiola untuk Kartell. Ada di Space, The Intermark. 5. Lampu meja Nostroma.

  Warna kepada bunga, sitrus dan pancaran matahari terik, kuning menyemarakkan tenaga positif di kediaman. Ketahui tip berguna menghias menggunakan warna menyengat ini.   1. Rise and Shine Kuning adalah pembangkit selera makan selepas warna oren atau jingga. Padankan kemasan lembut, tirai atau langsir kuning polos dalam nada lembut di panel tingkap kaunter dapur. Pasti pagi anda tampil lebih ceria dan bersemangat untuk memulakan hari mendatang.   2. Titik Fokal Walaupun berada dalam spektrum warna pop hangat, cetakan corak penuh mampu membangkitkan seri warna ini. Pilih corak kertas dinding; geometri, abstrak atau lakaran seni bina untuk kamar kecil atau ruang tamu utama. Padanan warna kuning dan putih atau kuning dan beige tidak pernah silap.   3. Aksesori Jika masih ragu, boleh mulakan dengan pilihan aksesori seperti pasu, lukisan alam, pinggan mangkuk atau barisan kusyen. Biarpun, kelihatan kecil namun pilihan aksesori yang betul dan kena gaya mampu menyuntik sensasi berbeza.