Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
5 Pilihan Produk Clean Beauty Terkini
Obsesi GLAM : Terokai Butik Ketiga Chloé Parfums di Mid Valley Megamall
Melasyl™ Inovasi L’Oreal Paris, Untuk Merawat Masalah Bintik Hitam
Dior Forever Janjikan Kulit Sempurna Seperti Jisoo
Home > Cantik > 5 Helah Solekan Untuk Tampil Muda

5 Helah Solekan Untuk Tampil Muda

ING_19032_01344

Gambar: INGimage

  Tampil segar dan menawan setiap kali anda keluar rumah seperti selebriti dengan lima helah solekan dari GLAM.   Berani untuk Mencuba Gaya Baru Penggunaan pembayang mata tona tanah sememangnya langkah yang selamat namun jika diulangi rutin yang sama, lama-kelamaan wajah anda akan nampak sama sahaja. Cuba ubah gaya anda dengan menggunakan rona lebih berani  seperti biru atau hijau. Mulakan dengan warna yang lembut. Gaya ini pasti akan membuatkan wajah anda tampak lebih menawan.   Pelembap Sebelum Bedak Asas Sentiasa ingat untuk memakai krim pelembap sebelum bedak asas. Jika anda memakai bedak asas terlebih dahulu maka intipati pelembap akan diserap ke dalam bedak asas dan menyebabkan kedutan dan tompok kering semakin menyerlah pada wajah anda.   Tutup Cela dengan Concealer, Bukan Bedak Asas. Jangan tutup masalah kulit wajah anda dengan bedak asas kerana bedak asas akan menyerlahkan lagi masalah kulit berkenaan daripada menyembunyikannya.   Kurangkan Penggunaan Bedak Bila Usia Meningkat Bila usia semakin meningkat, cuba untuk kurangkan penggunaan bedak pada wajah kerana bedak biasanya melekap pada kedutan lantas membuatkan wajah tampak tua.   Oleskan Sedikit Glos pada Tengah Bibir Bawah Helah ini akan membuatkan bibir anda tampak penuh. Elakkan rona gincu gelap kerana boleh buat bibir anda tampak kecil.   Sumber: Jelita