Diari Deko – Ben’s Independent Grocer di IPC
Rekaan Hebat – Gajet Dengan Kuasa Sedutan Maksima
Cosentino Perkenal The Collection Dekton 2020
Kediaman – Tonasi Biru & Putih
Diari Deko – Program Cuti Sekolah Explore, Play & Learn Di Royal Selangor
Home > GLAM Plus > GLAM DEKO > Santai > Sajian – Gabungan Barat Dan Tempatan di Rimba & Rusa

Sajian – Gabungan Barat Dan Tempatan di Rimba & Rusa

Rimba & Rusa berada di bawah naungan Wondermilk, membawakan pengalaman gastronomi bergaya kasual santai. Kafe dibina berpaksikan material kayu dan besi dikepung kehijauan dedaun semula jadi perlambangan di sebalik nama Rimba. Dominasi warna putih dan biru tiffany menghidupkan unsur budaya pop fantasi. Di Rimba & Rusa, pengunjung dapat merasai hidangan menu moden Barat dan tempatan bermula dari sarapan, makan tengahari dan makan malam yang direnjis gabungan rasa Itali, Mediteranean dan Asia. Menu harus cuba Avocado Feta Toast, Soft Shell Crab Linguine, Rimba Salmon Assam Pedas dan pizza Sweet Potato. Rimba & Rusa beroperasi setiap hari di D-GF-01 Block D, Sunway Nexis.  ilovewondermilk.com

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse
Pasta Udang Telur Masin Bahan – bahan   50 gm marjerin 30 gm cili padi 30 gm bawang putih dicincang 30 gm daun kari 50 gm telur masin 90 gm pasta spaghetti 3 ekor udang harimau dipanggang separuh masak 4 oz susu cair 30 gm keju Parmesan parut Garam secukup rasa Cara menyediakan
  1. Tumis marjerin bersama bawang putih, cili padi dan daun kari.
  2. Masukkan susu cair, telur masin dan udang harimau.
  3. Kemudian masukkan pasta dan kacau sehingga sebati.
Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse