Mahu Drama Atau Seram? Senarai Yang Mesti Tonton Bulan Ini Di Netflix
Protein Shake yang “Menggoncang” Industri Makanan Tambahan
Digital Detox Adalah Bentuk Self-Care Paling Mewah Zaman Ini
Hak Penerbitan Muzik Shakira Kini Milik Hipgnosis Songs Fund
EQ Phuket: Kerjasama Malaysia & Thailand Telan Belanja RM321.42 Juta
Home > Gaya Hidup > Melancong Ketika Pandemik? 7 Tip Pakar Untuk Kekal Sihat Dan Selamat

Melancong Ketika Pandemik? 7 Tip Pakar Untuk Kekal Sihat Dan Selamat

Pastikan anda mengikuti langkah-langkah keselamatan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, serta tip-tip kesihatan daripada pakar di Zulal Wellness Resort, Qatar untuk kekal sihat kala melancong ketika pandemik.

Musim melancong kembali lagi akhir tahun ini. Walaupun pandemik masih lagi aktif dengan penemuan varian-varian baharu, ia tidak bermakna anda tidak boleh mengembara ke destinasi impian anda dengan selamat dan kekal sihat. Pastikan anda mengikuti langkah-langkah keselamatan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, serta mengikuti tip-tip kesihatan untuk kekal sihat oleh pakar di Zulal Wellness Resort by Chiva-Som di Qatar.   Berikut adalah 7 tip untuk anda kekal sihat kala melancong ketika pandemik: Hidrat Meminum air yang secukupnya sangat penting untuk mengekalkan kesihatan tubuh, terutamanya kala mengembara ketika musim panas, musim sejuk mahupun di altitud yang tinggi. Tidur Perkara yang paling penting ketika melancong adalah tidur. Cuba pastikan anda mengekalkan rutin tidur kebiasaan anda ketika berada di rumah. Vitamin Pengambilan vitamin dapat membantu tubuh untuk mendapatkan nutrisi yang diperlukan kala melancong. Snek Berkhasiat Mengembara ke destinasi yang baharu tidak bermakna anda perlu melupakan gaya hidup sihat. Bawa snek berkhasiat yang tinggi kandungan protein untuk memastikan anda kekal aktif sepanjang hari. Kekal Aktif Elakkan daripada duduk terlalu lama. Jangan hanya melihat skrin telefon pintar, sebaliknya banyakkan berjalan untuk mengeksplorasi sekitar destinasi pilihan anda nanti. Sistem Imun Diri Aftifkan sistem imun diri anda dengan pemakanan yang sihat. Antaranya ceri kering yang diperkayakan dengan sumber melatonin natural yang dapat membantu anda untuk tidur jika berasa lamban jet (jet lag). Vitamin D Sinaran matahari dapat membantu anda untuk membiasakan diri dengan zon waktu baharu. Dedahkan diri kepada pancaran matahari pagi yang pasti juga memberikan ketenangan kala mengembara.   Zulal Wellness Resort by Chiva-Som merupakan resort kesejahteraan diri yang pertama di Timur Tengah. Berlokasi di Khasooma di utara Qatar, ia menawarkan pengunjung perkhidmatan serta servis unik berdasarkan prinsip kesejahteraan diri Arab dan Islam dengan menggunakan bahan-bahan yang terdapat di sekitar resort. Zulal Wellness Resort akan membawa pengujung menyusuri pengalaman yang mewah, dalam mengekalkan standard antarabangsa yang terbuka dengan nilai kekeluargaan tempatan. Antaranya, Zulal Discovery yang akan memberikan pengalaman kesejahteraan untuk seisi keluarga, dalam menginspirasikan kanak-kanak bersama ibu bapa dengan aktiviti yang menyeronokan untuk mempelajari gaya hidup yang lebih sihat.   Foto: Zulal Wellness Resort by Chiva-Som  Baca lebih lanjut: 200 TRUNKS 200 VISIONARIES: The Exhibition