Cipta Kenangan Terindah Sekali Lagi di The Westin Langkawi Resort & Spa
“Ada Sebab Saya Tidak Mampu Bertahan” – Melinda Gates Ulas Isu Perceraian
Tanda Sokongan Beyonce Buat Meghan Markle
Soal Jodoh: Ini Tip Pilih Pasangan Hidup Yang Tepat Buat Wanita
5 Pasangan Selebriti Ini Nekad Menyelamatkan Rumah Tangga Daripada Hancur
Home > Gaya Hidup > Pengalaman Putera William Bergelut Dengan Kesihatan Mental

Pengalaman Putera William Bergelut Dengan Kesihatan Mental

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Siapa menyangka pengalaman Putera William sebagai juruterbang helikopter ambulans selama beberapa tahun meninggalkan kesan mendalam buat dirinya.

Menerusi episod istimewa siri Time To Walk di Apple Fitness+, Putera William mengimbas kembali pergelutannya dengan tekanan mental selepas berkhidmat sebagai juruterbang RAF Search and Rescue untuk East Anglian Air Ambulance dari 2015 hingga 2017. “Saat saya mula menjalani latihan menerbangkan helikopter, saya menyedari tiada yang lain sehebat ini. Ia merupakan salah satu perkara yang saya setuju lakukan tanpa perlu berfikir panjang. Saya terfikir, ‘Ia sememangnya hebat.’ Saya benar-benar menikmatinya,” ujarnya.
Putera William

Foto: AP

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse