fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
Mercu Kemewahan Progresif: BMW X7 xDrive40i Pure Excellence
Amelia Henderson Hidupkan Watak Sheila dalam Blood Brothers
5 Fakta Mengenai Kekasih Muda Jared Leto, Model Thet Thinn
Panduan Memilih Dumbel Yang Sesuai Dengan Badan Anda
Amber Heard Jual Kediaman Rahsia Di Gurun Untuk Lunas ‘Hutang’
Home > Gaya Hidup > Yusry Halim & Lisa Surihani Umum Kehamilan Anak Ketiga

Yusry Halim & Lisa Surihani Umum Kehamilan Anak Ketiga

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Pengarah dan pelakon, Datuk Yusry Abdul Halim berkongsi satu hantaran romantis di Instagram buat isterinya, Datin Lisa Surihani sempena hari ulang tahun perkahwinan mereka dua hari lalu.

Menerusi foto tersebut, Yusry dilihat memeluk Lisa yang kelihatan begitu manis sekali dalam gaun labuh biru tua yang dipandankan bersama hijab rona hampir serupa.

“Selamat ulang tahun perkahwinan sayang. Selepas sembilan tahun, saya masih berasakan saya adalah lelaki paling bertuah. Saya masih kagum dengan kamu…segala yang kamu lakukan dan katakan. Sentiasa baik hati, prihatin, penyayang dan tidak putus-putus memberi sokongan. Dan anak-anak kita sangat bertuah kerana memiliki kamu sebagai ibu. Alhamdulillah,” tulisnya buat Lisa.

Gambar yang dimuat naik Datuk Yusry Abdul Halim mengundang spekulasi isterinya, Datin Lisa Surihani sedang berbadan dua. - Foto IG Yusry Abdul Halim
Foto: Yusry Abd Halim/Instagram

Hantaran tersebut mendapat pelbagai respon daripada rakan selebriti dan netizen yang turut berkongsi kegembiraan pasangan ini menyambut ulang tahun yang kesembilan.

Namun selain ucapan tahniah, ada juga peminat yang mempersoalkan penampilan tubuh Lisa yang kelihatan seperti sedang berbadan dua.

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse