Realiti, tidak semuanya indah. Blood, sweat & tears yang dicurah menjadi kunci kejayaan sebenar.
RATU CANTIK.
Jane Chuck mewakili anak muda hari ini, berani menempuh liku-liku cabaran dalam membina empayar bisnes kecantikan mereka sendiri.
pengarang rencana & penata gaya ZUHAIRIE SAHROM penulis AMIRA AZMAN arahan seni AMIRUL ARIFIN gambar ROBIN/ONE3FOUR STUDIO solekan SHIYO JOO dandanan JUNO KO

Jane Chuck dalam sepersalinan Gucci; menggayakan tweed crêpe dress dipadankan dengan anting-anting kristal, leggings, kasut pump dan beg bahu Jackie 1961.
Menurut Jane, kerjayanya sebagai penulis blog sebelum ini memerlukan dia untuk membuat reviu terhadap produk yang diterima daripada jenama-jenama kecantikan. Namun, ideanya untuk menghasilkan sesebuah reviu yang kreatif itu kadang-kala tersekat disebabkan SOP jenama tersebut. “Satu perkara tentang Chuck’s, saya bukan sekadar ingin menjual produk semata-mata, saya ingin menjual ‘gaya hidup’. Dan jika kamu mengenali saya, saya orangnya sangat menghargai seni kreatif. Jadi, dalam pada masa yang sama, saya juga mahu Chuck’s dikenali sebagai outlet untuk mereka yang kreatif ini meluahkan mesej mereka menerusi produk-produk kami.”
SATU PERKARA TENTANG CHUCK’S, SAYA BUKAN SEKADAR INGIN MENJUAL PRODUK KECANTIKAN SEMATA-MATA. SAYA INGIN MENJUAL ‘GAYA HIDUP’ — JANE CHUCK
See Also
Celine Dion Batal Konsert Jelajah Disebabkan Masalah Kesihatan Serius
Hadiah Hari Bapa! Song Joong Ki Timang Putera Sulung
“Saya Akan Merindui Awak Ainul…” Ini Fakta-Fakta Menarik Tentang Dr Nur Amalina Che Bakri Tidak Semua Tahu
Idam Cahaya Mata Kembar, Paris Hilton Jalani Rawatan IVF
Natasha Hudson Bakal Timang Anak Keempat
Dua Hari Tawaran Hebat Menanti di Burger & Lobster KLCC!![]()

Jane menyarungkan sut sutera nada merah jambu pastel digayakan bersama kasut bergaya slingback pump dan anting-anting kristal. Kesemuanya ilham Gucci. Manakala Tyra tampil dalam dress labuh berkolar v material kapas dan tali pinggang kulit garapan Longchamp.
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
