Home > Gaya Hidup > GLAM Profil: May Tan
Tiada apa yang mampu menggalang May Tan punya impian beragaman.
AIMING HIGH
Enggan lagi pandang belakang dan berlengah-lengah, May terus melabuhkan azam yakni menjadi pendahulu fesyen tanah air.
pengarang rencana & penata gaya ZUHAIRIE SAHROM penulis ARDI IDEWANI arahan seni AMIRUL ARIFIN gambar EDMUND LEE/ONE3FOUR STUDIO solekan & dandanan CHOMEL
“Fesyen adalah hal yang signifikan dalam kehidupan saya,” jelas May Tan dalam halus tuturnya, seorang pengasas dan pemilik jenama fesyen lokal Maarimaia. May, seorang graduan bisnes fesyen dari Istituto Marangoni, tahu pilihannya untuk menukar haluan itu adalah keputusan yang sebetulnya – daripada lapangan perubatan ke korporat dan akhirnya ke lapangan fesyen. Di dadanya umpama sudah memekat azam untuk menjadi insan kreatif. May girang mengembara ke dunia fesyen, kerana sudah lama dia membajakan minatnya pada sesuatu yang artistik sedari kecil lagi. “Ibu bapa saya tegas orangnya. Apabila saya melisankan niat saya untuk bertukar bidang, mereka pesan untuk saya menceburi bidang bisnes yang punya kaitan dengan fesyen.”
Dua tahun permulaan jenama Maarimaia bukanlah seratus-peratus indah. May bersemuka juga dengan kesulitan sewaktu memulakan Maarimaia. “Maarimaia asalnya adalah jenama e-dagang, kan. Mula-mula dulu, saya seakan-akan tidak bersedia. Tambahan pula, saya menyelami lagi bidang bisnes yang berasaskan e-dagang dan bukan mudah untuk mengutip ilmu bisnes digital,” kata May. Namun dia tidak mahu kesulitan itu bersemi menjadi satu harapan yang tersadai. Dia kemudiannya memasarkan juga jenamanya di sebuah platform yang dipanggil The Studio di The Gardens Mall. “Di situlah saya bersahabat dengan rakan-rakan seperjuangan yang lain. Seperti Cassie Gan dan Bremen Wong. Dan Bremen-lah orang yang menggalakkan saya untuk menyertai KL Fashion Week.”

Tampil dalam himpunan terkini Maarimaia, may mencari ilham menerusi permainan fabrik dalam setiap proses rekaanya.
Jadi, empat tahun yang lalu dirasakan masa yang cocok untuk May memperkenalkan Maarimaia. Di atas gelanggang fesyen lokal yang lebih besar. Yakni Kuala Lumpur Fashion Week. “Bila saya melancarkan Maarimaia Prive, ia memperhebat lagi jenama saya. Dengan Maarimaia Prive, saya bisa membuat apa-apa sahaja yang menafaskan nilai artistik. More to what I want. Sesuatu yang dekat di hati saya,” jelas May. Apalagi May adalah seorang insan kreatif yang suka mencari ilham menerusi permainan fabrik dalam setiap proses rekaannya. Ia serasa membenarkan dia untuk mengerjakan sesuatu yang bersifat artistik atau ekspresif.MAARIMAIA KHUSUS UNTUK WANITA YANG MEMPUNYAI SAHSIAH BAK SEORANG PEMIMPIN. WANITA YANG MEMILIKI KEYAKINAN DALAM JIWANYA DAN YANG TAHU APA DIA MAHU. SHE HAS A MIND OF HER OWN — MAY TAN
Lalu, rangkaian prive tersebut mengembangkan lagi layar jenama Maarimaia. Sampai melumpukkan klien-klien baharu. Pada masa yang sama, May juga tidaklah membiarkan estetika asli Maarimaia berkelana entah ke mana terdamparnya sebaik sahaja rangkaian prive dilancarkan. May melanjutkan katanya lagi, “Ada juga yang jujur berkata kepada saya bahawa mereka tidak mahu Maarimaia yang ‘dahulu’ hilang. Ada yang berasa rangkaian prive umpama mengubah hala tuju Maarimaia. Tetapi usah risau. Saya seperti hanya mahu ‘bercanda’ dengan rangkaian prive. Saya hanya mahu merenjiskan rintik seni pada jiwa Maarimaia. Saya malah sudah ada klien-klien baharu yang sukakan rangkaian prive. It is what it is. Maarimaia has to evolve.”
Baca lanjut dalam GLAM Mac 2022
Pautan Berkenaan: GLAM Profil: Shaleen Alena Cheah
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
