Related Stories
Gelaran Putera Philip Diwariskan Kepada Putera Edward
Adik bongsu Raja Charles III, Putera Edward dinamakan sebagai Duke of Edinburgh sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-59.
Penganugerahan itu secara lansung memberi gelaran baharu kepada anak sulung Putera Edward, James Alexander Philip Theo Mountbatten-Windsor. Bekas Viscount Severn berusia 16 tahun itu kini memegang gelaran Earl of Wessex. Ia sebelum ini menjadi milik bapanya. Isteri putera bongsu Ratu Elizabeth II, Sophie Helen Rhys-Jones yang bergelar Countess of Wessex and Forfar kini dikenali sebagai Duchess of Edinburgh.
Ratu menyandang gelaran itu sebelum menaiki takhta pada 1952, 70 tahun sebelum kemangkatannya. Suaminya, Putera Philip bergelar Duke of Edinburgh ketika mangkat pada April 2021 sewaktu berusia 99 tahun. Gelaran itu disandang sementara oleh Raja Charles sebelum diangkat menjadi Raja pada September 2022.
:max_bytes(150000):strip_icc():focal(674x189:676x191)/prince-edward-earl-of-wessex-family-091622-3-ae2a55fbc15b4e2a8884dfdedfbf57d2.jpg)
Foto: Getty Images
Pengesahan Daripada Istana Buat Putera Edward
Khamis lalu, Istana Buckingham mengeluarkan satu kenyataan rasmi mengesahkan penganugerahan itu. “Duli Yang Maha Mulia Raja telah berbesar hati untuk mengurniakan Dukedom of Edinburgh kepada Putera Edward, Earl of Wessex and Forfar. Ia bersempena ulang tahun ke-59 Duli Yang Teramat Mulia.
“Gelaran itu akan disandang oleh Putera Edward untuk seumur hidupnya. Ia sebelum ini dipegang oleh Putera Philip pada 1947 selepas berkahwin dengan Puteri Elizabeth. Ketika itu baginda bergelar Duchess of Edinburgh sebelum menaiki takhta sebagai Ratu pada 1952.”
Kenyataan itu turut menzahirkan perasaan Putera Edward dan isterinya. Mereka mengakui “berbangga meneruskan warisan Putera Philip dalam membuka peluang buat anak muda dari pelbagai latar belakang untuk mencapai potensi penuh mereka.”

Dua dekad sebelum kemangkatannya, Putera Philip sempat meluahkan harapan agar gelaran Duke of Edinburgh diwariskan kepada putera bongsunya itu. “Ratu, Duke of Edinburgh dan Putera Wales telah bersetuju untuk mengurniakan Dukedom of Edinburgh kepada Putera Edward. Ia akan berlaku pada masa sesuai, apabila gelaran yang sekarang ini disandang oleh Putera Philip dikembalikan kepada monarki,” tulis kenyataan itu pada tahun 1999.
Selain Putera Edward, kedua-dua cahaya mata Putera Harry dan Meghan Markle turut dikurniakan gelaran Diraja. Mereka kini bergelar Putera Archie dan Puteri Lilibet. Duke dan Duchess of Sussex menganggap penganugerahan itu sebagai ‘hak kelahiran’ anak-anak mereka. “Perkara ini telah lama dipersetujui dengan Istana Buckingham.”

Foto: Twitter
Foto: Getty Images
Baca: Raja Charles III Ambil Alih Peranan Rasmi Putera Philip
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
