Related Stories
Datin X: Datin Baru Kuala Lumpur, Tak Ada Class!
Sebagai Pengarah Kreatif, mindanya ibarat kanvas yang hidup; liar, puitis, dan sentiasa di...
Read Full BioLangsung tak ada class bila hanya yang melekat di tubuh sahaja yang mahal namun apa yang keluar dari mulut, semuanya murah dan tak berlapik.
Dalam diam-diam banyak pula kemunculan Datin-datin baru Kuala Lumpur yang Datin X sendiri tak pernah kenal dari mana datangnya mereka ini. Yang itu menikah dengan yang ini, yang ini bermain cinta dengan yang itu. Bukan Datin X dengki, tapi naik rimas pula melihat Datin instant yang berangan dengan lagak mengalahkan Puteri Raja! Baru saja berjinak dengan branded item, sudah penuh grid Instagram dengan foto-foto curated bersama kehadiran sipi-sipi tas tangan, kasut tumit tinggi dan juga pakaian berlogo jenama mewah sebesar-besar alam (Maaf, Datin X rasa macam beli di pasar malam saja).
Ya, mereka mungkin boleh acah kaya, but honey remember, money can’t buy class, ya?
Pernah dulu Datin X dengar, ramai mak-mak punya keinginan yang tinggi bila anaknya ‘cukup syarat’ untuk mereka recommend menjadi isteri kepada Kerabat Di Raja, apa lagi kalau dapat gelaran the new Datin. Ibu jenis ini selalunya cuba untuk prep anak mereka agar bertemu jodoh dengan jejaka berada. Bila zamannya sudah berlalu dan tidak laku, anak pula jadi mangsa agar apa yang dihajatkan terlaksana. Mahu salahkan sepenuhnya pada ibu pun tidak adil juga. Anda sudah tua bangka dan pandai memilih jalan hidup. Pokok pangkal diri sendiri.
Dato’ punya puluhan ribu ekar tanah, harta yang berlipat kali ganda dari pelaburan yang aktif. Tapi Datin? Langsung tak ada class!
Jika selera anda adalah pada wang juga harta benda, bukan pada rupa dan fizikalnya, fahamlah Datin X alasan anda memilih laluan mudah seperti. Pernah dahulu seorang datin muda, Datin Dayah berkongsi cerita dengan Datin X, “Kasih dan sayang tu, I boleh develop kemudian, yang penting I dapat secure apa yang ada dalam koceknya dulu!” Ya, memang benar, rasa sayang itu boleh dipupuk namun ia haruslah datang dengan niat yang betul. Anda setuju?
Minggu lalu, Datin X terserempak dengan Datin Reen di B.I.G kala sibuk membeli- belah barangan rumah. Sambil shopping, sambil Datin X perhatikan gayanya. Dari top to toe dada tubuhnya yang curvy itu disaluti barangan berjenama! Beg tote DIOR yang dijinjit ketika itu dibuat pula beg shopping barangan dapur. Terbeliak mata Datin X dibuatnya! I’m sure she’s decided to start living the life she’d imagined, way early. Tapi sayang, bila buka mulut habis pecah lubang! Perangai kampungnya memang tak boleh nak dibuang!
Datin Reen, hanyalah seorang wanita biasa yang dulunya terkenal sebagai seorang social climber. Seronok menjadi entourage mengikut bontot Datin-datin KL yang sering outing bersama. Sehinggalah dia berjumpa dengan Dato’ Irman di suatu acara networking. Macam kena jackpot! Dulu sering jadi plus 1, sekarang sudah ada bodyguard dan driver. Kiri kanan dengan PA dan maid juga! Gaya hidup Datin Reen bertukar 360 darjah setelah bergelar isteri Dato’ Irman yang punya puluhan ribu ekar tanah, harta yang berlipat kali ganda dari pelaburan yang aktif. Kerana itulah wanita muda yang mahu cepat kaya pantang melihat kelibatnya (walaupun dia berstatus duda dan punya tiga anak yang masih kecil.)
Macam-macam cemuhan dan kata kesat dilempar kepadanya namun sedikit pun Datin Reen tidak koyak dengan kata-kata itu. Bak kata pepatah, “If you want the rainbow, you gotta put up with the rain.” Sangat kena pepatah ini dengan Datin Reen yang kalis tohmahan dan kebal dikutuk bertubi-tubi! Dia tahu apa yang dia inginkan dan tiada apa yang boleh menghalang kemahuannya menjadi Orang Kaya Baru
Artikel sepenuhnya di dalam
[eltdf_button size=”” type=”” text=”GLAM AUG 2023″ custom_class=”” icon_pack=”font_awesome” fa_icon=”” link=”https://emag.bizofre.com/login/?redirect_to=https%3A%2F%2Femag.bizofre.com%2F” target=”_self” color=”#0000″ hover_color=”” background_color=”#fff” hover_background_color=”” border_color=”#000″ hover_border_color=”” font_size=”” font_weight=”” margin=””] atau [eltdf_button size=”” type=”” text=”LANGGAN HARI INI” custom_class=”” icon_pack=”font_awesome” fa_icon=”” link=”https://www.magzter.com/MY/Biz-of-RE-Sdn-Bhd/GLAM-Malaysia/Lifestyle/?redirect=true” target=”_self” color=”#0000″ hover_color=”” background_color=”#fff” hover_background_color=”” border_color=”#000″ hover_border_color=”” font_size=”” font_weight=”” margin=””]
Ilustrasi: Hidayah Ahmad Surasa
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
