Sabato’s Kembalikan Momen Dekad 70-an
Sabato’s di Kimpton Naluria Kuala Lumpur kini rasmi diperkenalkan sebagai restoran Italian-Amerika pertama di Malaysia yang diinspirasikan oleh gaya retro era 1970-an, terletak di nadi Tun Razak Exchange.
Membuka tirai pada 1 April 2026, Sabato’s hadir sebagai destinasi baharu yang menjanjikan pengalaman penuh nostalgia dengan menggabungkan hidangan klasik pasta, bebola daging, dan suasana era ‘70-an yang mengimbau kembali memori. Terletak di aras 25 hotel Kimpton Naluria Kuala Lumpur, Sabato’s menghidupkan kembali pesona restoran klasik New York dengan sentuhan kontemporari. Nama Sabato’s, yang membawa maksud ‘Sabtu’ dalam bahasa Itali, mencerminkan ambien santai dan intim yang menjadi nadi pengalaman menjamu selera di sini sekaligus menghidupkan kehangatan suasana pertemuan hujung minggu.
Sentuhan Nostalgia Italian-Amerika Dalam Setiap Sajian

Mengangkat pesona nostalgia era Saturday Night Fever dan tradisi ‘Red Sauce Joint’, Sabato’s menghidupkan semula hidangan klasik Italian-Amerika dengan pendekatan yang lebih segar. Setiap sajian memadukan kehangatan gaya hidangan kekeluargaan dengan sentuhan kreativiti kulinari masa kini, diiringi ruang dalaman yang selesa. Detik ini merakam era di mana masakan Italian di Amerika menjadi hidangan di meja dan sebuah perayaan yang menyatukan rasa, hubungan dan komuniti dalam satu pengalaman yang utuh. Di Sabato’s, setiap hidangan disajikan secara Alla Famiglia iaitu gaya santapan berkongsi ala kekeluargaan bagi menghidupkan suasana makan yang lebih bermakna. Pendekatan ini mengangkat semula kehangatan momen berkongsi meja, gelak tawa dan hubungan yang terjalin di sebalik setiap hidangan. Ia menjadi sebuah ritual sosial yang meraikan keakraban dan kenikmatan sederhana dalam bentuk yang paling tulen.

Sabato’s turut mampu menyambut sehingga 74 tetamu merangkumi ruang makan utama, lounge dan bar, selain Roma Room yang eksklusif untuk 10 orang bagi acara yang lebih intim. Diharmonikan bersama alunan jukebox yang mencetuskan rasa nostalgia yang halus, hingga ke hidangan untuk dikongsi bersama serta layanan mesra, setiap kunjungan ke Sabato’s terasa seperti satu perayaan kecil untuk meraikan seni hidup ala la dolce vita di tengah kota Kuala Lumpur.
Nadi Rasa Sabato’s

Di Sabato’s, para tetamu akan disajikan dengan pilihan hidangan Italian-Amerika yang diolah menggunakan bahan tempatan premium serta sentuhan halus cita rasa Malaysia yang menghormati dua warisan kulinari sekaligus. Antaranya termasuklah Spaghetti & Meatballs bersama sos marinara, Sunday Gravy Platter, Grilled Malabar snapper dan Sabato’s Spicy Rigatoni. Turut tidak lengkap tanpa pencuci mulut iaitu Sabato’s menampilkan rangkaian seperti klasik Cannoli dan Sabato’s Knickerbocker Glory, hidangan sundae yang mewah dengan gabungan stracciatella gelato, ceri, beri segar, kek sponge dan sos coklat.
Di Mana Nostalgia Bertemu Evolusi Rasa

Menurut Bruno Vengadabady, Director of Restaurants and Bars Kimpton Naluria Kuala Lumpur, di Sabato’s, semangat era 1970-an dihidupkan semula melalui sebuah konsep yang meraikan gabungan antara budaya muzik, tarian dan tradisi kulinari Itali yang penuh jiwa. Era ini menjadi inspirasi kepada kelahiran semula suasana ‘red sauce joint’ yang ikonik, satu zaman kebebasan budaya yang turut dipengaruhi ledakan disco dan kecintaan terhadap masakan Italian-Amerika. Konsep ini membawa satu identiti Italian-Amerika yang unik ke tengah Tun Razak Exchange lantas menawarkan pengalaman yang sarat nostalgia, namun tetap terasa moden dan berjiwa baharu untuk landskap kulinari Malaysia.

Sabato’s menerima kehadiran tetamu setiap Ahad hingga Jumaat dari jam 6 petang hingga 10.30 malam, manakala pada hari Sabtu pula, restoran ini beroperasi dalam dua sesi iaitu 12 tengah hari hingga 3 petang serta 6 petang hingga 10.30 malam, menawarkan fleksibiliti untuk menikmati pengalaman santapan sepanjang hujung minggu dan hari biasa. Untuk sebarang tempahan, anda boleh hubungi sabatos.kimptonnaluriakl@ihg.com.
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
