fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Pengembaraan Gastronomi Singapore Food Festival Bersama Tiffin Malaysia
Nikmati Rasa Warisan “Afternoon Tea” di The Librari
Kate Middleton & Meghan Markle Bakal Bersatu
Mengaku Bersalah, Zul Ariffin Didenda RM30,000
Tan Sri Michelle Yeoh Mengukir Sejarah Di Hollywood Walk Of Fame
Home > Gaya Hidup > Naomi Osaka Tarik Diri Daripada French Open Disebabkan Isu Kesihatan Mental

Naomi Osaka Tarik Diri Daripada French Open Disebabkan Isu Kesihatan Mental

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Bintang tenis dunia, Naomi Osaka mengumumkan dia menarik diri daripada French Open setelah berlakunya kekecohan berikutan keputusannya untuk memboikot semua aktiviti media.

Naomi sebelum ini dikenakan denda sebanyak RM62,000 oleh penganjur, Grand Slam kerana mengelak untuk bercakap di sidang media wajib selepas menang pusingan pertama Ahad lalu.

Dia turut diberi amaran akan disingkir daripada kejohanan itu jika melakukan kesilapan sama buat kali kedua.

“Menarik diri adalah keputusan terbaik untuk kejohanan, pemain lain dan kesejahteraan saya sendiri. Justeru semua orang boleh kembali fokus pada perlawanan yang sedang berlangsung di Paris,” tulisnya menerusi satu ciapan di Twitter dua hari lalu.

Osaka said she suffered 'long bouts of depression' since the 2018 US Open [Guglielmo Mangiapane/Reuters]
Foto: Guglielmo Mangiapane/Reuters
Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse