Ayda Jebat Kongsi Foto Terkini Aali Mateen
Genap tiga minggu, Ayda Jebat dan Nabil Mahir akhirnya memperkenalkan anak kedua mereka, Aali Mateen kepada peminat.
Menerusi satu perkongsian bersama di Instagram, Ayda dan Nabil memuat naik beberapa gambar keluarga kecil mereka dalam warna hitam putih. Dua daripadanya adalah foto comel Aali yang sedang lena beradu.
Tertulis di ruangan kapsyen, “Us. Jadi Aali Mateen muka Dadaa or Mummy?”. Ini merupakan kali pertama wajah cahaya mata kedua mereka didedahkan kepada umum.

Foto: Xtra
Putera sulung pasangan itu dilahirkan pada 12 Disember 2023 secara pembedahan di sebuah pusat perubatan. Akui Ayda dan Nabil, mereka mengambil masa lama untuk memilih nama yang tepat.
“Nama saya Aali Mateen Ahmad Nabil. Lama juga memikirkan nama our little prince. Semoga menjadi anak yang soleh sayang. Doakan yang baik-baik untuk Aali Mateen ya semua,” tulis mereka di Instagram.
Ayda Jebat & Nabil Mahir Rai Ulang Tahun Ketiga
Dalam masa sama, sambutan ulang tahun perkahwinan ketiga pasangan itu pada 1 Januari lalu mencuri perhatian. Menerusi satu perkongsian, Ayda berjenaka bahawa dia sedang menikmati makan tengah hari bersama penyanyi Pitbull, merujuk kepada suaminya.

Foto: Instagram
Menurutnya yang masih sedang berpantang, tindakan Nabil membotakkan kepala adalah kerana mahu kelihatan sama seperti Aali.
“Kenapa Nabil botak? Dia nak sama dengan sayang dia @aalimateenofficial. Rasa macam nak upload gambar Aali Mateen la! Daddy dengan anak dia botak!” tulisnya.
Tambah pelakon dan penyanyi itu, ulang tahun perkahwinan mereka yang disambut serentak dengan kedatangan tahun baru diraikan secara sederhana sahaja.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021. Puteri sulung mereka, Ana Nayla, 2 dilahirkan pada 21 September tahun sama.
Foto: Instagram
Baca: Persis Anak Patung! 10 Foto Terkini Puteri Kedua Juliana Evans
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
