Margot Robbie & Tom Ackerley Bakal Timang Cahaya Mata Sulung
Zahirah Zulkhairi merupakan Penulis di GLAM Malaysia. Menerusi sentuhan kreatifnya, kandun...
Read Full BioBintang filem terkenal Barbie, Margot Robbie menjangkakan cahaya mata sulungnya bersama Tom Ackerley.
Margot Robbie dan Tom Ackerley pertama kali telah bertemu pada 2013 di set drama World War II Suite Française, di mana Tom Ackerley adalah penolong pengarah dan Margot Robbie berada di hadapan kamera. Selepas cinta berputik selama 3 tahun, mereka kemudian berkahwin pada Disember 2016 semasa majlis tertutup di Byron Bay Australia. Kedua-duanya tidak pernah mengumumkan pertunangan mereka sebelum perkahwinan mereka.
Perkenalan mereka berdua pada mulanya sebagai kawan dan mula bekerja bersama-sama di syarikat produksi LuckyChap dalam pasukan penerbitan seramai empat orang yang juga termasuk rakan zaman kanak-kanak Margot Robbie, Sophia Kerr dan Josey McNamara.
Syarikat itu telah menghasilkan beberapa filem dan siri televisyen, termasuk I, Tonya, Birds of Prey dan Barbie. Kesemuanya filem dan siri televisyen tersebut dibintangi oleh Margot Robbie.
Siapakah Suami Margot Robbie?

Foto: Getty Images
Tom Ackerley merupakan seorang penerbit filem British. Beliau juga telah melanjutkan pelajaran di Godalming College di United Kingdom dan kemudiannya memasuki industri perfileman di belakang tabir. Tom memulakan kerjayanya sebagai floor runner dan pembantu produksi set, sebelum kemudiannya bekerja sebagai penolong pengarah, menurut British Film Institute.
Sebelum Tom mula bekerja di belakang tabir pada set filem, beliau memulakan kerjayanya dalam industri sebagai pelakon tambahan dalam tiga ansuran pertama dalam filem Harry Potter.

Foto: Getty Images
Margot Robbie yang terkenal dengan bakat lakonannya juga pernah terlibat dalam penerbitan beberapa filem Hollywood. Antaranya, Margot menerbitkan bersama Barbie Greta Gerwig yang menerima pujian untuk Filem Terbaik di Oscar 2024. Projek terbaru Margot yang akan datang ialah A Big Bold Beautiful Journey dan Queen of the Air. Sementara itu,Tom Ackerley adalah seorang tokoh yang versatil dalam industri hiburan, berkhidmat sebagai penerbit, pelakon, dan pengarah.
Baca lebih lanjut: 10 Gaya Wedding of The Year Sepanjang Tahun 2000 Hingga Kini!
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
