fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
Bazar Malam Gaya W Kuala Lumpur
GLAM Profil: Ridzuan Alias, Pereka Fesyen Teruntum Putih
Album Muzik Keluaran 2025 Yang Menjanjikan Kelainan
7 Filem Untuk Ditontoni Di Netflix Sempena Cuti Krismas
Yusuf Bahrin & Zizi Kirana Disatukan Dalam Tema Songket Klasik
Home > Gaya Hidup > “Saya Telah Lama Menanggung Rasa Malu” – Amy Schumer & Trikotilomania

“Saya Telah Lama Menanggung Rasa Malu” – Amy Schumer & Trikotilomania

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Amy Schumer sentiasa bersikap terbuka mengenai kesihatannya kepada peminat dengan berkongsi prosedur sedut lemak dan histerektomi yang dijalaninya.

Baru-baru ini Amy turut mendedahkan satu rahsia terbesar dalam hidupnya yang telah lama dipendam seorang diri: Dia menghidap trikotilomania.

Menurut pelakon dan pelawak itu, dia telah lama bergelut dengan trikotilomania – gangguan atau tabiat menarik rambut serta bulu – namun berasa amat malu untuk bercakap mengenainya sehingga kini.

Dia mengakui menghidap gangguan mental itu sejak di bangku sekolah di mana dia perlu memakai rambut palsu kerana tidak mampu berhenti daripada tabiat menarik rambut.

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse