fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Gandingan Serasi Margot Robbie Dan Ryan Gosling Sebagai Barbie & Ken
Ombak Festival 2025 Ada Joss Stone, Diskoria Dan Ramai Lagi
Abadikan Setiap Detik: Meneroka Galaxy Z Flip6
Dua Hari Tawaran Hebat Menanti di Burger & Lobster KLCC!
Manvin Khera, Rakyat Malaysia Pertama Dimahkotakan Miss Globe 2023
Home > Gaya Hidup > Puteri Bongsu Cristiano Ronaldo Diperkenalkan Kepada Dunia

Puteri Bongsu Cristiano Ronaldo Diperkenalkan Kepada Dunia

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Selepas dua minggu mengumumkan berita kelahiran, Cristiano Ronaldo dan pasangan, Georgina Rodriguez akhirnya mendedahkan nama dan wajah anak kelima mereka kepada peminat.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram hujung April lalu, Ronaldo berkongsi satu foto hitam putih dirinya sedang memangku puteri bongsu berserta kapsyen ringkas, “Forever love,” diikuti emoji hati.

Selang beberapa hari, Georgina pula mengumumkan nama dan berkongsi wajah bayi mereka secara dekat buat kali pertama di akaun Instagram @georginagio.

“Bella Esmeralda,” tulisnya ringkas berserta tarikh lahir puterinya, 18.04.2022. Sehingga kini hantaran tersebut telah menerima lebih lima juta tanda suka daripada peminat di seluruh dunia.

https://www.instagram.com/p/CdQcTPHMz1k/

 

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse