Related Stories
Home > Gaya Hidup > DATIN X: Bela Anak Ikan, Suami Isteri Kantoi Right-Handed
DATIN X: Bela Anak Ikan, Suami Isteri Kantoi Right-Handed
By
Nisa' Halid
Nisa' Halid
Sebagai Pengarah Kreatif, mindanya ibarat kanvas yang hidup; liar, puitis, dan sentiasa di...
Read Full Bio|
Aug 12, 2022
Selalu Datin X dengar, sang lelaki mata keranjang. Kali ini ceritanya lebih menusuk hempedu bila si isteri pula yang menunjuk belang, mengikuti jejak langkah buruk suami tersayang. Ouch!
Biasalah kalau dah namanya lelaki. Apatah lagi jika si suami memiliki wajah tampan dan dompet berisi tebal mestilah ada yang beratur panjang mahu menyendeng. Lepas satu, satu! Ada saja yang mahu mencuba nasib kerana manalah tahu buaya darat yang satu ini berjaya dijinakkan. Okey, ini suatu yang janggal berlaku. Adat sondolmenyondol, satu perkara taboo untuk kita kupas. Tapi sungguh Datin X tak sangka, setelah sekian banyak pengalaman hidup yang kita lihat di dunia, masih lagi kita alpa dengan karma? Yang tak tahan tu, si isteri juga mahu cuba-cuba. Ya, mungkin kerana bosan duduk di rumah melihat si suami tidak pulang, makan dan tidur bersama. Hujung minggu turut padat dengan jadual kerja yang tidak sudah. Hakikatnya, Datin Anis sunyi. Walau duit belanja tidak pernah kering, jadual memanjakan diri juga tersusun setiap hari. Makan pakai disediakan cantik oleh tiga orang pembantu di kediaman mewah. Mahu ke mana sahaja dibawa pemandu peribadi. Seronok bila mendengar, kan?Sebenarnya sudah lama Datin Anis tahu Datuk Khairil seronok ‘makan luar’ kerana ada saja wanita muda What’s App atau tiba-tiba menjelma di hadapan pintu rumahnya.Belum lagi yang mengaku sudah ‘bersama’ berkali-kali. Semuanya muda belia. Cantik, seksi, bijak namun boleh diperdaya bulat-bulat oleh suaminya. Ada antara mereka ini merupakan pelajar di universiti atau intern di pejabatnya. Barangkali, lelaki bekerjaya, segak, kemas bergaya memang selalu menjadi kegilaan wanita muda yang mengimpikan hidup senang ya? Pauntan berkaitan: DATIN X: Puan Sri Gila Berlian, Habis Barang Kemas Peninggalan Isteri Pertama Dikebas! Rasa sunyi yang menebal dan mungkin kerana kecewa dengan kegagalan rumah tangga membuat Datin Anis sering ke kelab malam dan lepak di lounge sambil mendengar live band, pesan berbotol-botol minuman keras dan lama-kelamaan menjadi VIP hotel ternama di Kuala Lumpur itu. Yang Datin X hairan, tak takut pula dia ya kalau tiba-tiba bertembung dengan suaminya? Buatnya ada yang menyampai, bagaimana pula? Dari gerak gerinya dia tampak seperti seorang wanita yang bebas yang tidak punya limitasi. Tiada kegusaran dan keraguan. Dia kelihatan seperti anak muda yang tak punya komitmen dan masih mahu mencari diri walaupun sudah punya anak dua yang masih kecil. Anakanaknya sering ditinggalkan setiap malam bersama pembantu di rumah. Apakah yang sebenarnya dicari? Apakah diri yang telah lama hilang? Atau kerana belum puas berjimba di waktu muda? Datin X cuba menyelami perasaannya tetapi cuma tuan punya badan yang ada jawapannya. Di suatu petang yang damai, telefon bimbit Datin X berdering. Rupanya Datin Anis sedang berada di talian. Dia mahu berteman untuk ke hi tea dan nak dijadikan cerita, petang itu Datin X tidak ke manamana. So, it’s a date! Dia datang menjemput Datin X bersama pemandu peribadinya. Siapa sangka inilah harinya Datin X tahu segala rahsia hidup Datin Anis. Dia akhirnya membuka mulut. Datin X hanya mampu menjadi a good listener dan menasihati apa yang perlu sahaja. Takut pula berkata besar, takut berbalik kepada kita pula. Yang sebenarnya, Dia sedang menjalin hubungan bersama pembantu peribadinya, Aiman. Patutlah dia sering panas bontot dan asyik mahu keluar. Banyak aktiviti harian di update di IG stories dan nampaknya memang susah untuk lekat di rumah. Maklumlah ada anak dan pembantu, maka mereka tidak dapat melakukan perkara terkutuk sewenang-wenangnya. Datin X seakan dapat meneka ada sesuatu di antara mereka sebaik sahaja masuk ke kereta. Datin Anis yang duduk di bahagian depan asyik tersenyum dan lembut menyusun kata bila berbual bersama pemandu peribadinya itu. Artikel sepenuhnya di dalam GLAM OGOS 2022 Ilustrasi: Hidayah Ahmad Surasa
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
