fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Kenali Cik Afzaa Fadini, Pilihan Hati Raja Muda Selangor
Amelia & Eliza Spencer, Anak Saudara Puteri Diana Yang Mencuri Perhatian Dunia
Bingkisan Kuning Istimewa Dari Istana Negara Buat Remy Ishak & Isteri
Priyanka Chopra Jonas Dedah Detik Pedih Menjadi Mangsa Buli
Kim Kardashian Perkenal Teman Baru, Robot Tesla
Home > Gaya Hidup > Sejenak Bersama Tiffany Chng and Olivia Yiong, Pengasas Bersama Butter.

Sejenak Bersama Tiffany Chng and Olivia Yiong, Pengasas Bersama Butter.

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Butter., jenama athleisure dari Singapura kini berkolaborasi bersama Journey, Malaysia. Butter. menekankan bahawa pakaian aktif yang diperkenalkan amat sesuai dengan saiz wanita Asia di Malaysia bagi memudahkan pergerakan berbeza sekaligus menyasarkan siri gaya hidup serba boleh.

Kajian menunjukkan bahawa wanita Asia cenderung memiliki payudara yang lebih kecil berbanding wanita barat diikuti pinggang yang lebih kecil dan pinggul yang lebih lebar bergantung kepada genetik. Untuk memperkasakan wanita Asia langsung meraikan bentuk dan saiz di samping merasa versi terbaik apabila menggerakkan badan, Butter. Memperkenalkan koleksi pakaian aktif dalam dua fabrik proprietari BaseCore dan BaseFlex dan koleksi keperluan santai di bawah rangkaian koleksi rekreasi. Direka dengan fungsi dan gaya, Butter. menyokong aktiviti wanita Asia dengan mengutamakan keselesaan, kedua-duanya untuk memenuhi masa lapang dan bersantai juga kala melakukan aktiviti berintensiti tinggi dan rendah namun masih kelihatan bergaya pada masa yang sama.

Sejenak Bersama Tiffany Chng and Olivia Yiong, Pengasas Bersama Butter
Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse