Original Supermodel, Tatjana Patitz Menghembuskan Nafas Terakhir
The Paiza Collection, Definisi Hospitaliti Ultra-Mewah
5 Rancangan Realiti Terhebat Di MAX Februari Ini
Raikan Tahun Baru Cina 2026 Dengan Makan Besar Yang Semua Boleh Nikmati
Pengiran Anak Sarah: Bakal Permaisuri Brunei Dengan Pesona Tersendiri
Home > Gaya Hidup > Ratu Elizabeth ll Mangkat

Ratu Elizabeth ll Mangkat

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Ratu Elizabeth ll, raja Britain yang paling lama bertakhta dalam sejarah negara itu mangkat pada usia 96 tahun.

Istana Buckingham, dalam satu kenyataan ringkas, telah berkongsi berita duka memaklumkan kemangkatan Ratu Elizabeth II dan akan bermulanya tempoh berkabung selama 10 hari. Ketika ini, seluruh dunia turut berada dalam keadaan sedih serta mengucapkan takziah dan langsung mengimbau kembali era kegemilangan pemerintahan baginda yang memecahkan rekod ini.
“Ratu mangkat dalam keadaan tenang di Istana Balmoral (Scotland) tengah hari tadi selepas 70 tahun bertakhta.”
Putera tertua dalam kalangan empat anak baginda, Putera Charles, 73, secara langsung menaiki takhta sebagai Raja, sekali gus melakar sejarah sebagai pewaris takhta tertua dalam sejarah Britain. Sebelum ini, anggota kerabat diraja bergegas pulang ke Balmoral untuk berada di sisi Ratu Elizabeth selepas pasukan perubatan memberi khabar bimbang tentang kondisi kesihatan ratu berusia 96 tahun ini yang dinasihatkan untuk kekal di bawah pemantauan perubatan.  
Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse