Home > Gaya Hidup > Datin X: Social Climber Tersalah Sondol
Datin X: Social Climber Tersalah Sondol
By
Nisa' Halid
Nisa' Halid
Sebagai Pengarah Kreatif, mindanya ibarat kanvas yang hidup; liar, puitis, dan sentiasa di...
Read Full Bio|
Oct 18, 2022
Penyakit jiwa yang ada pada social climber bukan suatu yang boleh dirahsiakan. Ia selalunya ditayang terang-terangan di media sosial dek desakan nafsu yang kuat hanya kerana dahagakan darjat dan nama.
Suatu petang yang aman, sedang Datin X bersama dua lagi teman rapat menghirup kepanasan secawan teh di TWG, The Pavilion. Datang seorang lagi teman Datin X bersama seorang wanita berwajah familiar. “Macam pernah lihat, siapa ya?,” tanya Datuk Seri Willy kepada Datin X. Sambil mengecilkan biji mata dan memandang dari atas ke bawah, barulah Datin X teringat dialah wanita yang kami bertiga jumpa minggu lalu bersama selebriti terkenal, Yang Azira. Kami bertiga memandang wanita itu dari kasut tumit tinggi 5 inci hinggalah kepada rambutnya yang beralun lembut didandan rapi. You can imagine that she’s trying really hard to look that good. Namun tidak dapat dinafikan, setiap kali bertembung, dia bergaya konsisten dan tampil bersiap tanpa cacat cela! Tutur katanya yang sentiasa manis, walaupun ada kalanya berbunyi sedikit bimbo namun masih boleh diterima. Siapa dia? Namanya, Ayra. Nama sebenar atau nama manja Datin X kurang pasti. Adakah dia definisi sebenar apa yang semua orang gelarkan ‘social climber di pasca Covid-19’? Siapa Ayra sebenarnya dan bagaimana agaknya dia boleh berada disekeliling orang-orang kaya dan ternama Malaysia? Society seakan mudah menerima kehadirannya. Pautan berkaitan: Datin X: Puan Seri Tak Sedar Diri Bermenantukan Call Girl Ya, mungkin kerana socialite yang ada sudah ‘pencen’ dari menghadiri majlis berprestij juga acara fesyen dan kecantikan tempatan. Pelapis-pelapis mereka pula sibuk bermain dengan TikTok dan tidak lagi ghairah membeli. Yang mereka mahu adalah wang dari kandungan media sosial yang dihasilkan. Lebih mudah buat duit dan barangan berjenama terus datang ke hadapan muka secara percuma!Adakah dia definisi sebenar apa yang semua orang gelarkan ‘social climber di pasca Covid-19’?Sudah menjadi satu fenomena bilamana tauke produk timbang kilo atau pelabur mata wang sahaja yang boleh berbelanja sakan. Setelah itu mereka rekrut anak-anak buah yang mahu cepat kaya agar dapat menyumbang lebih dari kekayaan sedia ada. Golongan inilah yang akan membeli barangan mewah dan mula show off. Pasti ada dari kalangan following anda di Instgaram punya perangai sebegini. Manusia jenis ini akan memuat naik kandungan media sosial mereka. Sama ada ia terang-terangan ataupun hanya sipi-sipi, item mewah paling berharga yang ingin mereka tonjolkan pasti dapat menangkap mata permerhati mereka. Mengapa Datin X bercerita panjang perihal kelompok yang satu ini? Mestilah ada kaitanya dengan Ayra, wanita yang berjaya menempatkan dirinya di manamana acara dan perjumpaan penting orang ternama Kuala Lumpur. Baik selebriti ataupun perjumpaan minum petang Datin KL, pasti ada kelibatnya di mana-mana. Social climber alaf baru ini tahu bila dan di mana dia perlu menonjolkan diri. Tahniah, Ayra. Anda memang sedang hangat diperkata dan diperhatikan. Datin X difahamkan, Ayra merupakan anak buah adik beradik billionaire yang punya syarikat besar dan untung berlipat kali ganda. Mana tidaknya, dia kini mampu miliki glam team sendiri untuk mendandaninya setiap kali keluar ‘beraksi’. Barangan berjenama melekat di tubuhnya —sniker baharu Ferragamo, jam tangan Hublot diapit tas tangan terkini Prada. Semuanya pasti menangkap perhatian ramai apatah lagi semburan Jadore yang dipilihnya boleh bikin jantung lelaki bergetar. Datin X tertanya-tanya, benarkah dia berduit sehingga boleh berbelanja sebegitu rupa? Artikel sepenuhnya di dalam GLAM OKTOBER 2022 Ilustrasi: Hidayah Ahmad Surasa
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
