fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
Minum Elektrolit Untuk Kekal Hidrasi Badan
Mary Elizabeth Winstead & Ewan McGregor Disatukan Dalam Satu Majlis Intim
Elizabeth Tan Selamat Bergelar Isteri Dalam Majlis Tertutup
Rugi RM881 Bilion, Elon Musk Cipta Rekod Dunia
Abby Choi: Sosialit Hong Kong Yang Dikelar Dengan Kejam
Home > Gaya Hidup > Daniel Craig Dianugerah Darjah Kebesaran Sama Seperti Watak James Bond

Daniel Craig Dianugerah Darjah Kebesaran Sama Seperti Watak James Bond

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Aktor Daniel Craig mencatat sejarah pada usia 54 tahun apabila dikurniakan penghormatan Diraja oleh Puteri Anne baru-baru ini.

Daniel dianugerahkan Companion of the Order of St Michael and St George (CMG), darjah kebesaran sama yang disandang watak ikoniknya di layar perak, James Bond dalam satu upacara pertabalan di Istana Windsor.

Gelaran tersebut diberikan sebagai pengiktirafan buat pelakon itu atas sumbangan cemerlangnya dalam industri filem dan teater sejak tiga dekad lalu, dan ia biasanya hanya dikurniakan kepada diplomat kanan.

Akaun Twitter kerabat Diraja Britain turut berkongsi sekeping fotonya di majlis pertabalan berserta dialog popular dalam filem Bond, “We’ve been expecting you.”

 

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse