Berimaginasikan percikan spektrum rona bertenaga, Franck Muller Vanguard Skeleton Color Dreams tampil unik.
Tutur kata atau aksen rekaan Franck Muller, ibarat seni. Demikian, ciptaan himpunan Vanguard Skeleton menyingkap tafsiran seseorang individu. Di mana, seutas arlojinya saling tidak tumpah seperti kanvas seni yang menyatakan kegembiraan dan penguasaan ketukangan krafnya. Cukuplah untuk mengatakan, setiap kali pembuat jam tangan asal Switzerland ini memperlihatkan rekaan terbaru, sekalian pemuja lapangan horologi bakal berdiri memberikan perhatian padanya.

Konstruksi susuk rekaannnya dipersembahkan dengan sempurna menerusi model Vanguard Skeleton Color Dreams, yang mana kini tersedia sebagai model eksklusif Asia Tenggara. Disifatkan sebagai “menyuntikan rona pada pergelangan tangan anda”, lapan warna dari koleksi Franck Muller Color Dreams yang terkenal ditampilkan. Tambah lagi, tersedia dalam trio varian; yakni merah, jingga dan kuning buat iterasi baharu ini. Ia hadir membiaskan cahaya psikedelik yang dihidupkan dalam jam tangan.

Penampilan rona bertenaga ini pada kerangka silang-menyilang memaparkan pergerakan yang boleh dilihat di bawahnya. Sekali gus, mempresentasikan kerumitan komponen yang terselinding. Bagaimanapun, terdapat kesederhanaan yang dicapai dari unsur-unsur kompleks ini. Ini merupakan sentuhan estetik klasik Franck Muller yang dibina semula dari bawah buat iterasi siri Color Dreams tahun ini. Vanguard Skeleton Color Dreams, direka sebagai jam tangan kerangka dari awal, menunjukkan pergerakan dari kedua-dua belah jam tangan menerusi bahagian belakang yang tampil terbuka.
Pautan berkaitan: Big Bang e FIFA World Cup Qatar 2022™
Artikel Berkaitan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Jam HydroConquest Edisi Terhad Buat Sukan Komanwel...
GLAM Weddings: Parissa Ardina Pilih Yang Timeless
GLAM Menjengah Ke Butik Cartier Oleh Cortina Watch
GLAM Weddings: El Rumi Sah Suami Buat Syifa Hadju
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
