Patung Lilin Putera William & Kate Middleton Mengundang Kritikan Hebat
Sebuah muzium lilin di Poland dikecam di media sosial kerana memaparkan patung Putera William dan Puteri Kate Middleton yang dikategorikan sebagai gagal.
Walaupun patung Putera dan Puteri Wales itu telah lama wujud, ia menjadi tular baru-baru ini selepas dikongsi oleh pempengaruh bernama Becka Blackburn di TikTok. Sehingga kini ia telah meraih lebih 14 juta tontonan. “Ayuh ikut saya ke muzium lilin terburuk di Poland. (Cuba untuk tidak ketawa),” tulisnya. Untuk makluman, Krakow Wax Museum — yang kini memperoleh hanya satu daripada lima bintang di TripAdvisor — menjadi bahan ketawa seluruh dunia kerana menampilkan patung tokoh tersohor yang langsung tidak menyerupai wajah asal mereka.

Foto: Zinc 96.1 FM
Klip itu memperlihatkan patung pelakon Harry Potter yang kelihatan ‘jauh panggang dari api’. Jack Sparrow pula ditampilkan dengan kulit berwarna kuning manakala David Guetta lebih menyerupai wajah nenek moyangnya. Bagaimanapun Becka tidak memberi komen mengenai patung hodoh Putera William, 41, dan Puteri Kate, 40, yang baru-baru ini dihentam teruk oleh Putera Harry dalam memoir Spare yang penuh kontroversi.
Patung Lilin Pasangan Diraja Menjadi Bahan Tawa Pengunjung
Patung lilin Puteri Wales menampilkan wajahnya yang sedang tersenyum lebar dengan dahi luas dan rambut berwarna perang. Walaupun suaminya ditampilkan dalam pakaian seragam Diraja, wajahnya terlalu berbeza dengan wajah sebenar Putera William.
@beckablackburn4 I couldnt tell if this was a real wax museum 💀 wait until the end #krakow #krakow23 #poland #fail #funny #viral #waxmuseum
♬ Funny Song – Sounds Reel & Funny Song Studio & Thomas Hewitt Jones
Patung-patung itu mengundang kecaman di internet antaranya daripada seorang pengkritik Trip Advisor yang menggelar figura Puteri Kate sebagai ‘kusut-masai’. “Senyuman Putera William amat menakutkan saya,” tulis seorang pengguna TikTok di ruangan komen . Seorang lagi menambah, “Dia kelihatan seolah-olah sedang tahan gatal tapi tak boleh nak menggaru.”
Malangnya, Poland kini diibaratkan seperti pusat muzium lilin yang gagal. Terletak tidak jauh dari muzium itu adalah Polonia Wax Museum yang turut menampilkan patung hodoh Leonardo DiCaprio, Mick Jagger dan beberapa tokoh tersohor lain.

Foto: New York Post
Foto: Getty Images
Baca: Patung Lilin Datuk Lee Chong Wei Diabadikan Di Madame Tussauds
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
