Related Stories
Home > Gaya Hidup > Tom Pelphrey & Kaley Cuoco Berkongsi Momen Bahagia Sambut Anak Pertama
Tom Pelphrey & Kaley Cuoco Berkongsi Momen Bahagia Sambut Anak Pertama
Pada usia 40 tahun, Tom Pelphrey akhirnya bergelar bapa kepada seorang puteri hasil perkongsian hidupnya dengan aktres Big Bang Theory, Kaley Cuoco.
Tom Pelphrey berkongsi khabar gembira itu bersama pengikutnya di Instagram dengan memuat naik beberapa keping foto yang merakamkan detik-detik pertama mereka bergelar ibu bapa. Pelakon siri popular Ozark itu menulis mesej ringkas penuh bermakna di ruangan kapsyen yang dimulakan dengan kata pujangga daripada pensyair tersohor, Rumi. “You are the Soul of the Universe. And your name is Love.”
Dia menambah, “Hati saya dilimpahi dengan rasa cinta dan kesyukuran atas keajaiban (miracle) ini. Saya amat menyanjungi kekuatan dan keberanian teman sejiwa dan rakan karib saya @kaleycuoco. Kamu sememangnya luar biasa.”
Foto: Instagram
Matilde Carmine Richie Pelphrey ‘Cahaya Baru’ Dalam Hidup Tom Pelphrey & Kaley Cuoco
Aktres The Flight Attendant, Kaley Cuoco turut berkongsi beberapa keping foto puteri mereka yang diberi nama Matilde Carmine Richie Pelphrey. Dia menggelar anak sulungnya yang dilahirkan pada 30 Mac 2023 itu sebagai ‘cahaya baru’ dalam kehidupan mereka.“Memperkenalkan Matilde Carmine Richie Pelphrey, cahaya baru dalam hidup kami! Kami amat teruja dan bersyukur dengan keajaiban kecil (little miracle) ini. @tommypelphrey Saya tidak menyangka boleh mencintai kamu dengan lebih banyak lagi, namun itulah yang berlaku.”Bintang berusia 37 tahun itu turut merakamkan penghargaan buat mereka yang membantu pada saat-saat awalnya bergelar ibu. “Terima kasih kepada doktor, jururawat, keluarga dan rakan-rakan yang telah banyak menghulur bantuan kepada kami sejak beberapa hari lalu. Kami amat bersyukur.” https://www.instagram.com/p/CqgCGBwL0Cj/?img_index=1 Tahun lalu Kaley Cuoco mendedahkan bahawa pertemuan pertamanya dengan Tom Pelphrey sewaktu tayangan perdana musim terakhir Ozark pada April 2022 sebagai “cinta pandang pertama yang sejati.” Mereka membuat penampilan umum pertama sebagai pasangan kekasih di acara Hollywood Walk of Fame pada bulan Mei dan mengumumkan kehamilan melalui media sosial pada bulan Oktober. Foto: Getty Images Baca: Puteri Sulung Priyanka Chopra & Nick Jonas Diperkenalkan Kepada Dunia
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
