Related Stories
Home > Gaya Hidup > Bakal Timang Cahaya Mata, Remy Ishak Berkongsi Kebimbangan Menjadi Bapa
Bakal Timang Cahaya Mata, Remy Ishak Berkongsi Kebimbangan Menjadi Bapa
Hampir setahun berumah tangga, kehidupan Remy Ishak dan isteri, Ezza Yusof bakal diserikan dengan kehadiran anak sulung tidak lama lagi.
Hadir ke majlis tayangan program raya Astro 2023 baru-baru ini, Remy meluahkan keseronokannya untuk bergelar bapa. Namun dalam masa sama, perasaan pelakon itu bercampur-baur kerana khuatir dengan persediaan dan didikan yang bakal diberikan kepada anaknya kelak.
“Saya berdebar nak bergelar bapa. Perasaan saya ketika ini bercampur-baur, wujud persoalan, ‘Boleh ke?’ Gembira, teruja dan wujud pelbagai persoalan sama ada kami mampu untuk menjadi ibu bapa terbaik. Bukan tidak yakin dengan diri sendiri tetapi lebih kepada bimbang untuk membesarkan anak pada zaman yang penuh cabaran seperti hari ini,” katanya kepada Kosmo.
Akuinya, peredaran teknologi yang semakin pesat membuatkan dia bimbang jika gagal mendidik anak-anak dengan baik. “Zaman sekarang sudah berbeza dan pastinya, tahun akan berganti tahun. Itu antara yang merisaukan saya. Bagaimana mendidik seorang anak dalam dunia modenisasi ini,” menurut laporan Utusan.
Demi mempersiapkan diri, dia dan isteri mengambil inisiatif dengan memerhati dan meminta nasihat daripada orang sekeliling yang berpengalaman. “Memang mencabar sebab takut tersilap didik tapi doakan yang baik-baik untuk saya dan isteri.”
Kanye West Umum Bertanding Dalam Pilihan Raya 2024
Dusit Thani Bangkok Kembali dengan Rekaan Dalaman Menawan oleh André Fu Studio
Alami Citarasa Makanan Cina Asli Dan Kesegaran Laut Di Oversea Seafood
10 Studio Pilates Mewah di Lembah Klang
Kenali No Na, Girl Group Indonesia Pertama Naungan 88rising
Demam Filem ‘Barbie’, GLAM Kongsi 8 Selebriti Malaysia Bergaya Serba Pink

Foto: Instagram
Remy Ishak Teruja Berkongsi Perkembangan Isteri
Bagaimanapun kebimbangan itu tidak mampu menyembunyikan keterujaan yang terpancar di wajah Remy Ishak. Dia bersyukur kerana isterinya tidak mengalami alahan kehamilan. Malah kandungan yang kini berusia enam bulan juga berada dalam keadaan sihat. “Alhamdulillah isteri saya dalam keadaan baik. Dia tidak mengalami alahan atau mengidam teruk. Cuma kadangkala agak sensitif.” Bercakap mengenai jantina, aktor berusia 41 tahun itu mengakui tidak memilih dan menerima rezeki yang dianugerahkan kepadanya dengan penuh rasa kesyukuran. Buat masa sekarang dia dan isteri masih belum mengetahui jantina bakal cahaya mata mereka. Bagaimanapun Remy Ishak mendedahkan dia telah pun memilih nama unik buat anak yang bakal dilahirkan, malah sebelum dia mendirikan rumah tangga dengan Ezza Yusof lagi.
Foto: Twitter
See Also
“Tentang nama anak, sebelum kahwin lagi saya sudah pilih. Kalau anak perempuan nama apa, begitu juga dengan anak lelaki. Saya mahu nama anak ada bunyi kemelayuan. Saya ada berbincang mengenai nama-nama pilihan dengan isteri. Dia jenis terbuka, jadi tiada masalah.”Remy Ishak mengesahkan berita kehamilan isterinya sebulan lalu selepas tularnya sebuah video yang mempamerkan baby bump Ezza Yusof yang jelas kelihatan. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 selepas lapan tahun menjalin hubungan cinta. Baca: “She’s The One” – Hero Malaya, Remy Ishak Dedah Keperibadian Ezza Yusof
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
