Related Stories
Home > Gaya Hidup > Syafiq Kyle Melangkah Ke Persada Antarabangsa
Syafiq Kyle Melangkah Ke Persada Antarabangsa
Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi sebelum Syafiq Kyle menjejakkan kaki ke jenjang pelamin.
Mungkin ini dikatakan rezeki perkahwinan apabila aktor berusia 31 tahun itu ditawarkan berlakon dalam sebuah siri antarabangsa kala sedang sibuk mempersiapkan diri bergelar suami. Melalui satu perkongsian bersama media, Syafiq Kyle memaklumkan dia kini sedang membuat persiapan untuk menjalani penggambaran bersama sebuah syarikat produksi dari United Kingdom.
Drama bersiri yang judulnya masih dirahsiakan itu akan memulakan penggambaran pada bulan Julai ini. Ia diadaptasi daripada sebuah novel mengenai seorang inspektor yang datang menjalankan siasatan di beberapa buah negara termasuk Malaysia.
“Saya bakal terlibat dalam satu siri yang akan disiarkan di United Kingdom. Ia diadaptasi daripada sebuah novel dan barisan pelakon utama semuanya dari London. Jadi watak-watak utama ini datang ke Malaysia untuk menyelesaikan satu kes jenayah. Saya akan menggalas watak Sarjan Syukur, bagaimanapun buat masa sekarang skrip masih lagi dirahsiakan.”
Aktor One Cent Thief ini berkata, dia merupakan antara artis yang berjaya dalam uji bakat yang dijalankan. Terdapat beberapa lagi pelakon Malaysia yang akan turut terlibat menjayakan siri tersebut. Kelainan dalam lakonannya kali ini adalah dia perlu melontarkan dialog dalam bahasa Inggeris. “Saya perlu belajar bahasa Inggeris untuk menjayakan siri ini. Saya suka perkara-perkara yang mencabar diri, sebab itu saya ambil peluang ini selain untuk mengetengahkan bakat.”
Perkongsian Mimi dan Syafiq mengundang keterujaan di kalangan peminat dan rakan artis. Ramai merakamkan ucapan tahniah serta mendoakan agar impian mereka untuk menuju ke gerbang perkahwinan dipermudahkan.
Foto: Facebook
Baca: “Bersederhana Itu Adalah Impian Perkahwinan Saya” – Mimi Lana
“Saya bakal terlibat dalam satu siri yang akan disiarkan di United Kingdom. Ia diadaptasi daripada sebuah novel dan barisan pelakon utama semuanya dari London. Jadi watak-watak utama ini datang ke Malaysia untuk menyelesaikan satu kes jenayah. Saya akan menggalas watak Sarjan Syukur, bagaimanapun buat masa sekarang skrip masih lagi dirahsiakan.”
Aktor One Cent Thief ini berkata, dia merupakan antara artis yang berjaya dalam uji bakat yang dijalankan. Terdapat beberapa lagi pelakon Malaysia yang akan turut terlibat menjayakan siri tersebut. Kelainan dalam lakonannya kali ini adalah dia perlu melontarkan dialog dalam bahasa Inggeris. “Saya perlu belajar bahasa Inggeris untuk menjayakan siri ini. Saya suka perkara-perkara yang mencabar diri, sebab itu saya ambil peluang ini selain untuk mengetengahkan bakat.”
Syafiq Kyle Menghitung Hari Bergelar Raja Sehari
Dalam mempersiapkan diri menjalani penggambaran, Syafiq Kyle boleh menarik nafas lega kerana persiapan perkahwinannya sudah pun diaturkan. Kini, dia dan bakal isteri, Mimi Lana hanya menunggu tarikh untuk diijabkabulkan.“Alhamdulillah, semua persiapan telah selesai. Cuma tunggu akad sahaja lagi. Saya banyak tengok ceramah sebagai persediaan menjadi suami.”Syafiq Kyle menghantar rombongan meminang aktres Villa Kristal itu pada Januari lalu selepas lima tahun menjalin hubungan cinta. Mimi berkongsi sekeping foto jarinya yang bakal disarungkan cincin berserta kapsyen, “One step closer Insya-Allah, Alhamdulillah.” Pemilik nama Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak pula memuat naik dua keping foto dirinya dan bakal isteri. “Counting days. 1, 2, 3 action!” tulisnya ringkas berserta emoji sebentuk cincin.

Foto: Malaysiapost
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
