Related Stories
Home > Gaya Hidup > Ini 5 Sebab Kenapa Sesetengah Rumah Tangga Gagal
Ini 5 Sebab Kenapa Sesetengah Rumah Tangga Gagal
Perkahwinan adalah satu ikatan yang menggabungkan dua hati. Semua mahukan hubungan berkekalan selama-lamanya. Namun ada sesetengah rumah tangga gagal kerana red flag dalam hubungan tanpa sedar ini.
Kadang kala pasangan yang sedang dilamun cinta selalunya cenderung untuk tidak menyedari perilaku buruk yang ditunjukkan oleh pasangan kepada diri mereka. Mereka juga tidak boleh berwaspada bahawa hubungan mereka sedang dalam bahaya.
Mungkin anda tidak sedia untuk mendengar kebenarannya tetapi kami senaraikan cara-cara untuk bantu anda untuk mengesan mengapa ada sesetengah rumah tangga gagal.
Red flag dalam hubungan adalah petanda sangat ketara bahawa hubungan yang sedang anda alami menuju ke arah negatif dan toksik. Sayangnya, sesetangah pasangan tidak dapat membezakan jika pasangan mereka mempunyai ciri-ciri red flag atau itu sifat semulajadinya.
Selain itu, rasa sayang dan cinta terhadap pasangan juga boleh menyebabkan seseorang itu tidak menyedari bahawa hubungan yang sedang dijalankan mempunyai tanda-tanda red flag. Perkara ini bukan sahaja boleh berlaku kepada hubungan yang baru malah hubungan yang lama juga boleh mengalaminya.
Kejujuran dan kepercayaan adalah perkara yang sangat penting bagi setiap perhubungan yang sihat. Sifat ini adalah ciri-ciri yang sangat penting di dalam setiap hubungan jika mahukan hubungan yang berkekalan. Namun, jika anda sedar bahawa pasangan anda merahsiakan sesuatu dari anda berkemungkinan mereka tidak mempercayai anda 100% untuk berkongsi apa yang sedang berlaku.
Walaupun sesetengah pembohongan boleh dianggap sebagai perkara yang tidak terlalu besar, anda haruslah sentiasa berhati-hati dan berwaspada jika dapat tahu pasangan anda sering berbohong. Ingat, jika anda tidak mempunyai sifat jujur dan kepercayaan, ini bermakna anda masih belum bersedia untuk menjalinkan hubungan.
Volvo Bangkit Dalam Industri Automotif Seiring Malaysia Sejak 1966
Dari Vienna Ke Milan, Swarovski – Masters Of Light Kini Dibuka Di Palazzo Citterio
One&Only Desaru Coast – Destinasi Perkahwinan Moden Penuh Eksklusif
Meghan Markle Beri Penghormatan Istimewa Buat Mendiang Puteri Diana
Chris Evans Dan Alba Baptista Selamat Disatukan
BIGBANG,BTS, EXO Dan BLACKPINK Kembali Buat Comeback 2026!
Penderaan dari segi fizikal, emosi dan mental adalah tanda red flag dalam hubungan yang sangat tidak boleh dinafikan di dalam mana-mana hubungan. Penderaan ini tidak boleh diambil mudah bagi semua pihak kerana penderaan boleh merosokkan diri seseorang itu dalam jangka masa panjang.
Akibat kelakuan ini, seseorang yang berhadapan dengan penderaan fizikal,emosi dan mental, mereka boleh menyebabkan PTSD.
Baik lelaki baik perempuan, tiada sesiapa pun berhak menjadi kambing hitam untuk menggunakan seseorang dalam masalah yang dihadapi oleh mereka sendiri. Perilakuan seperti ini merupakan tindak balas yang tidak boleh diterima oleh mana mana pihak. Jadi jika pasangan anda mempunyai sifat ini, perlulah segera bertindak.
Tidak semua orang nampak red flag dalam hubungan ini. Benar apa orang kata, kita mahu senang dan susah bersama sehinggakan kita jadi alpa dengan bagaimana diri ini dilayan oleh pasangan.
Ini semestinya bukan isu yang mudah untuk dibicara tetapi GLAM ada beberapa cadangan untuk anda cuba sekiranya anda mula sedar anda terlibat dalam hubungan abusive ini:
Apa Itu Red Flag Dalam Hubungan?

Foto: Freepik
Tanda-Tanda Red Flag Dalam Hubungan Suami Isteri
Sekiranya anda tidak pasti jika hubungan anda punyai tanda-tanda ini, semak di bawah:1. Jujur & percaya mereka

Foto: Freepik
2. Kuat melenting
Sifat marah adalah perkara biasa di dalam diri seseorang. Semasa menjalinkan hubungan, sudah pasti ada masanya sifat marah itu dilepaskan kepada pasangan anda. Apa yang memburukkan keadaan apabila pasangan menunjukkan sifat marah sehingga tahap menumbuk dinding, memecahkan dan mencampak barang. Ini menyebabkan, mereka berpotensi meningkatkan lagi behaviour ini pada masa akan datang. Oleh sebab sifat marah ini boleh menyebabkan penderaan, ia merupakan petanda yang pasti untuk anda segera menamatkan hubungan ini jika kemarahannya mencapai limit. Anda harus sedar perbezaan marah dan abuse kerana ada yang membenarkan pasangan melepaskan rasa amarah itu pada mereka. Ini tidak sihat!3. Cemburu buta
Cemburu buta juga petanda red flag dalam hubungan dan benar, ia dianggap perkara yang sangat biasa bagi semua perhubungan. Sifat cemburu ini bukanlah perkara yang berbahaya. Namun jika pasangan anda mula menunjukkan sifat posesif dan mengawal perancangan anda, mengawal dari segi pemakaian, mengawal dengan siapa yang anda bergaul dan juga menjauhkan anda daripada rakan serta ahli keluarganya, ini adalah petanda serius penderaan emosi. Ingat! Cemburu adalah tanda sayang tetapi jika berlebihan ia boleh menyebabkan sesetengah rumah tangga gagal.4. Abusive

Foto: Pexels
See Also
5. Gaslighting
Gaslighting berlaku apabila pasangan memanipulasi anda menggunakan kaedah psikologi untuk mempersoalkan kewarasan atau logik mereka sendiri. Contoh gaslighting adalah perkara yang ditunjukan oleh pasangan anda untuk membuat anda berasa buruk tentang diri dan menghalang kehormatan diri anda. Gaslighting juga boleh berlaku seperti pasangan anda memanipulasi atau memutarbelitkan keadaan yang membuatkan anda meragui melalui penafian seperti “saya tidak berkata sedemikian” atau pasangan anda menyalahkan diri anda seolah-olah anda ini terlalu sensitif.Apa Anda Boleh Buat Untuk Ubah Isu Rumah Tangga Ini?

Foto: Unsplash
- Bercakap dengan secara terbuka bersama pasangan anda tentang red flag dalam hubungan.
- Menjaga batas dan jelaskan awal tentang perkara baik dan buruk.
- Stand up for yourself terhadap controlling behavior dan jangan membiarkan pasangan anda memisahkan anda daripada kawan atau ahli keluarga.
- Luang masa bersama ketika mempunyai peluang dan masa yang sesuai namun pastikan anda melakukan aktiviti yang anda berdua mahu buat, bukan menangkan salah seorang sahaja.
- Sentiasa memberikan sokongan dan kata-kata positif jika pasangan anda sedang mencuba sesuatu.
- Sentiasa menghargai pasangan anda.
- Menunjukkan perasaan kasih sayang terhadap pasangan secara fizikal, emosi ataupun kata-kata.
- Jangan pendam perasaan jika tidak setuju dengan pendapat pasangan tetapi fikir dengan waras terlebih dahulu sebelum menyebut perkara bukan-bukan.
- Sentiasa selesaikan masalah dengan cepat jika berlakunya konflik.
- Sentiasa hormat terhadap pasangan.
- Tidak mengukit kisah lama lagi-lagi tentang kisah cinta. Tetapi alert ya jika pasangan tunjuk tanda-tanda curang.
- Tidak menengking atau meninggikan suara terhadap pasangan
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
