Home > Gaya Hidup > Kenali Model & Aktor Tampan Berdarah Kacukan, Charles Melton
Kenali Model & Aktor Tampan Berdarah Kacukan, Charles Melton
Nama Charles Melton disebut-sebut sebagai bakal penerima Oscar untuk persembahan luar biasanya dalam filem terbaru, May December.
Filem ini mengisahkan tentang seorang pelakon (Natalie Portman) dan sepasang kekasih di tengah-tengah skandal pemerkosaan kanak-kanak 20 tahun sebelumnya.
Charles Melton menggalas watak Joe Yoo yang baru berusia 13 tahun ketika dia mula menjalin hubungan dengan Gracie Atherton-Yoo (Julianne Moore), 36 tahun. Kini sebagai orang dewasa, Joe dan Gracie hanya mahu meneruskan kehidupan dan membesarkan tiga anak mereka.
Bagaimanapun ini bukanlah watak teraju utama pertamanya. Aktor berusia 32 tahun itu meraih populariti selepas membintangi drama remaja Riverdale dan debut filem pada 2019 menerusi The Sun Is Also a Star.
Ibu Charles Melton, Sukyong merupakan warga Korea. Dia berhijrah ke Amerika pada tahun 1990 selepas berkahwin dengan Phil Melton, tentera Amerika Syarikat yang bertugas di Korea.
Katanya kepada Good Morning America, setahun selepas orang tuanya berpindah ke Amerika, bapanya ditugaskan untuk berkhidmat dalam Perang Teluk pada 1991. Ketika itu ibunya sedang mengandungkannya. Charles Melton merupakan anak sulung dan mempunyai dua adik perempuan, Tammie dan Patricia.
Sewaktu bergelar pelajar, dia bermain bola sepak untuk Kansas State University. Katanya dalam rancangan The Late Late Show with James Corden, dia terkenal dengan panggilan ‘The Kamikaze’ kerana kemahirannya menggelecek bola.
Sepanjang bermain, dia pernah mengalami pelbagai kecederaan termasuk gegaran otak dan patah tangan. Bakatnya di padang ditonjolkan menerusi watak Reggie Mantle dalam siri Riverdale.
Sebelum mencipta nama menerusi Riverdale, dia pernah membuat penampilan khas dalam Glee musim kelima episod New New York pada 2014. Juga sebagai tetamu hotel, Mr Wu dalam dua episod American Horror Story musim kelima.
Beberapa tahun kebelakangan ini, Charles Melton bekerjasama dengan Special Olympics, sebuah organisasi yang bertujuan untuk memerangi diskriminasi terhadap ketidakupayaan intelek melalui sukan dan pendidikan.
Pada September 2018, pelakon ini berkongsi mengenai lawatannya ke Warren High School di Downey, California di mana dia bertemu pelajar dari program Special Olympics Unified Champion Schools (UCS) buat kali pertama.
Kehadirannya di sana adalah untuk memaklumkan para pelajar bahawa mereka antara lima program UCS terbaik di Amerika. Pada 2019, dia menganjurkan tayangan filemnya, The Sun Is Also A Star buat pelajar UCS di New York. Atas keprihatinannya, dia dilantik sebagai duta global untuk organisasi Special Olympics pada 2021.
Foto: Vanity Fair
Baca: Kenali Tom Blyth Dari The Hunger Games: The Ballad Of Songbirds & Snakes
Glam kongsikan beberapa lagi fakta menarik tentang Charles Melton
1. Berdarah Kacukan Korea Selatan dan Amerika Syarikat
:max_bytes(150000):strip_icc():focal(982x540:984x542)/charles-melton-parents-1-4a5ec4bc1711408bb4395dab3ca2fb2d.jpg)
Foto: Getty Images
2. Sering Berpindah-randah Sejak Kecil
Dek pekerjaan bapanya sebagai tentera, mereka sekeluarga sering berpindah ke merata tempat. Dari Juneau, Alaska (tempat kelahirannya), mereka berhijrah ke Korea, Jerman, Texas dan seterusnya Kansas, di mana dia menyambung pelajaran di peringkat kolej.3. Pernah Bekerja Sebagai Dog Walker
Dalam beberapa wawancara, pelakon ini mendedahkan dia pernah bekerja sebagai penjaga anjing untuk mendapatkan wang selepas berhijrah ke Los Angeles. Ketika itu dia masih mencari peluang untuk mencipta nama di Hollywood. Katanya kepada Los Angeles Times, dia mendapat penilaian tertinggi di aplikasi Wag dan telah menjaga lebih 300 anjing dalam masa dua bulan. Pada 2020, Charles Melton memberitahu GQ bahawa dia masih mendapat permintaan daripada pelanggan untuk menjaga haiwan kesayangan mereka.4. Kaki Bola Sewaktu Di Kolej
Foto: Andrew Chin
5. Memulakan Kerjaya Sebagai Model
Sebelum berpindah ke Los Angeles untuk menceburi bidang lakonan, dia pernah memperaga untuk jenama mewah termasuk Dolce & Gabbana, Kenneth Cole dan MAC. Charles Melton turut membintangi muzik video Ariana Grande, Break Up With Your Girlfriend, I’m Bored. Dalam video itu, dia menggalas watak lelaki yang digoda oleh Ariana dan digesa untuk memutuskan hubungan dengan teman wanitanya.6. Berminat Dengan Lakonan Selepas Mendengar Iklan
Dalam satu wawancara, Charles Melton berkata dia serius mempertimbangkan kerjaya sebagai pelakon selepas mendengar iklan radio untuk program bertajuk Arts Showcase ketika masih di kolej. Dia menerima tawaran selepas menjalani uji bakat awal di Kansas, dan perlu meyakinkan ibu bapanya untuk meminjamkan USD3,000 bagi menghadiri uji bakat sebenar di Florida.7. Pernah Muncul Dalam Glee dan American Horror Story

American Horror Story
8. Sumber Ilhamnya Adalah Oprah Winfrey
Menurut jejaka berketinggian 185sm ini, dia berpegang kepada nasihat Oprah ketika cuba mencipta nama sebagai pelakon di Los Angeles. “Oprah pernah bercakap tentang melakukan sesuatu dengan tujuan. Jika mahu melakukan sesuatu, lakukan sebaiknya. Saya tidak boleh membenci tugas menjaga anjing, saya perlu menyukainya. Saya terfikir, saya tidak kisah menjadi dog walker sepanjang hayat selagi saya menyukainya. Ketika itulah saya sedar saya sanggup lakukan apa sahaja untuk menjadi pelakon.”9. The Matrix Juga Memberi Inspirasi Kepadanya
Kata Charles Melton, watak Neo lakonan Keanu Reeves dalam filem The Matrix adalah inspirasi terbesarnya. Ketika menonton filem itu sewaktu kecil, dia memberitahu bapanya bahawa dia mahu membintangi filem itu kerana terlalu meminati karakter Neo.10. Merupakan Duta Global Untuk Special Olympics
:max_bytes(150000):strip_icc():focal(1004x483:1006x485)/charles-melton-1-a6d8e3f30dc04b7da4cded05be621026.jpg)
Foto: Special Olympics
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
