Diari GLAM: Itinerari Lengkap 3 Hari Di Istanbul
10 Filem Terbaik Lakonan Jared Leto
Serba Baharu, Serba Digital: Golf R-Line
Hadiah Mempersonifikasikan Personaliti?
Sophie Turner Bidas Anti-Masker, Dedah Pakai Pelitup Muka Semasa Melahirkan
Home > Gaya Hidup > 10 Filem Wajib Tonton Di Pawagam Pada Februari 2024

10 Filem Wajib Tonton Di Pawagam Pada Februari 2024

Tahun 2023 memberi kepuasan kepada penonton dengan barisan filem menarik dan menghiburkan. Bagaimanapun 2024 tidak kurang hebatnya. Tahun ini peminat filem dijanjikan dengan naskah luar biasa yang menampilkan barisan pelakon ternama tempatan dan antarabangsa. Bulan Januari berjaya menghiburkan penonton dengan filem aksi dan beremosi seperti The Beekeeper, Pendekar Awang dan 172 Days.

Lihat pula barisan filem yang bakal menemui anda bulan ini

 

1. ARGYLLE

Tarikh tayangan: 1 Februari Dibintangi oleh: Henry Cavill, Sam Rockwell, Bryce Dallas Howard, John Cena, Dua Lipa, Ariana DeBose, Bryan Cranston, Catherine O’Hara, Samuel L Jackson Sinopsis: Pengarang terkenal, Elly Conway menulis novel terlaris tentang ejen rahsia bernama Argylle yang sedang dalam misi untuk membongkar sindiket pengintipan global. Bagaimanapun garis antara fiksyen dan realiti menjadi kabur setelah plot novelnya mula mencerminkan aktiviti rahsia organisasi pengintip dalam kehidupan sebenar.  

2. RAMBUT KAFAN

Tarikh tayangan: 1 Februari Dibintangi oleh: Bulan Sutena, Nita Gunawan, Catherine Wilson, Yama Carlos, Virnie Ismail Sinopsis: Tari menjaga ibunya yang sakit selama tiga tahun. Walaupun doktor gagal mengesan penyakit, ibunya telah tiga kali mengalami keguguran, rambut gugur dan fizikalnya menjadi kurus kering. Setelah ibunya meninggal dunia, bapa saudara Tari muncul secara tiba-tiba dan meminta harta pusaka, sekali gus membongkar misteri yang menjadi persoalan selama ini.  

3. E-SARN ZOMBIE

Tarikh tayangan: 1 Februari Dibintangi oleh: Peach Pachara Chirathivat, Chutimon Chuengcharoensukying, Sudarat Butrprom, Jaturong Mokjok Sinopsis: Ketika bekerja sebagai pengurus pasar raya, Itt bertemu Tonnun, pekerja berkelakuan aneh dan misteri. Tonnun sering mencuri daging segar yang telah tamat tempoh daripada pasar raya, sekali gus membuatkannya curiga. Dan kini, Itt perlu membongkar apakah sebab di sebaliknya.  

4. HAMKA & SITI RAHAM VOL. 2

Tarikh tayangan: 1 Februari Dibintangi oleh: Vino G. Bastian, Laudya Cynthia Bella, Anjasmara Sinopsis: Tidak lama selepas Indonesia diisytihar merdeka, muncul ancaman pencerobohan kedua daripada pihak Sekutu. Buya Hamka memutuskan untuk mengelilingi Medan dan menyebar kepentingan perpaduan antara masyarakat dan tentera Indonesia. Filem biopik ini memperlihatkan pengorbanan Siti Raham yang sentiasa menyokong Buya Hamka kala suaminya memperjuangkan kemerdekaan dan menyebar dakwah.  

5. RAIN TOWN

Tarikh tayangan: 8 Februari Dibintangi oleh: Chew Kin Wah, Susan Lankester, Fabian Loo, Wilson Lee, Pauline Tan Sinopsis: Berkisar tentang seorang bapa bernama Choo yang terlalu mengongkong kehidupan anak-anaknya – Isaac, Alex dan Ruby. Akibatnya, hubungan kekeluargaan menjadi renggang. Apabila isteri Choo, Aileen mengalami kecelakaan, mereka perlu memilih untuk memperbaiki hubungan yang retak atau terus berhentam.  

6. MADAME WEB

Tarikh tayangan: 15 Februari Dibintangi oleh: Dakota Johnson, Sydney Sweeney, Celeste O’Connor, Isabela Merced, Tahar Rahim, Mike Epps, Emma Roberts, Adam Scott Sinopsis: Seorang paramedik, Cassandra Webb yang mempunyai kebolehan luar biasa terpaksa berhadapan dengan masa lalunya ketika cuba mempertahankan diri bersama tiga wanita lain.  

7. CURRY MEE

Tarikh tayangan: 15 Februari Dibintangi oleh: S. Gana, Ropie Pakodi, Echo Edgar Quah, Nazira Ibrahim, Kavitha Sinhya, Ain Evon, Wong Wei Tian Sinopsis: Pada tahun 90-an, terdapat dua kumpulan samseng, Raja dan Ah Meng yang sentiasa melakukan keganasan. Pada suatu hari, satu kejadian berlaku di kampung halaman Sulaiman, jejaka yang disegani masyarakat setempat. Sulaiman mendapat tahu tentang perkelahian mereka dan cuba mendamaikan kedua-dua pihak. Usahanya membuahkan hasil. Sejak itu Raja dan Ah Meng bergelar sahabat baik sehinggalah berlakunya konflik disebabkan isu tanah, pemaju dan dan muslihat ahli kumpulan mereka sendiri.  

8. BOB MARLEY: ONE LOVE

Tarikh tayangan: 22 Februari Dibintangi oleh: Kingsley Ben-Adir, Lashana Lynch, James Norton, Tosin Cole, Anthony Welsh, Michael Gandolfini, Umi Myers, Nadine Marshall Sinopsis: Filem biopik yang berkisar tentang pemuzik reggae legenda, Bob Marley dan perjalanannya mengatasi kesukaran serta mencipta muzik revolusioner yang kita ketahui hari ini. Sebagai salah satu eksport budaya terbesar Jamaica, Bob Marley menyebarkan mesej keamanan, keharmonian dan rasa hormat terhadap satu sama lain dalam lagu-lagu ciptaannya.  

9. DUNE: PART TWO

filem februari 2024 Tarikh tayangan: 29 Februari Dibintangi oleh: Timothee Chalamet, Josh Brolin, Stellan Skarsgard, Zendaya Sinopsis: Dengan kuasa ramalan yang mungkin membantunya membimbing manusia ke arah masa depan lebih baik, Paul Atreides meneruskan perjalanan epiknya. Dia kini berada di landasan tepat untuk membalas dendam terhadap konspirator yang memusnahkan keluarganya. Selepas menguasai empayar dan membuat pilihan antara cinta dan nasib alam semesta, dia berusaha menghalang kehancuran masa depan yang hanya dia sahaja boleh ramalkan.  

10. THE FALL GUY

filem 2024 Tarikh tayangan: 29 Februari Dibintangi oleh: Ryan Gosling, Emily Blunt, Winston Duke, Aaron Taylor-Johnson, Hannah Waddingham, Stephanie Hsu Sinopsis: Karya adaptasi siri 80-an ini menyaksikan Colt Seavers, pelakon lagak ngeri yang terlibat dalam filem arahan bekas teman wanitanya. Bagaimanapun masa depan filem itu mengundang tanda tanya apabila pelakon utamanya hilang, dan Colt menawarkan diri untuk mencarinya.   Baca: 10 Filem Terburuk Lakonan Calon Oscar 2024