Related Stories
Good Vibes Kembali, Kini Ada Sabrina Carpenter, The Strokes & Ramai Lagi!
Tahun 2023, adalah tahun Good Vibes Festival menyambut ulangtahunnya yang ke-10! Kali ini tampil lebih besar bertempat di Sepang. Siapa sudah tidak sabar lagi menanti #GVF2023 ?
Saban tahun, Good Vibes menjadi antara festival yang paling dinanti-nantikan di Malaysia. Sering menampilkan penyanyi antarabangsa hebat sebagai antara line-up bersama artis lokal menyinari festival ini. Jika tahun-tahun sebelumnya, Good Vibes sering tampil selama dua hari, namun untuk kali ini, pihak organisasi memberi kejutan dengan mengadakan festival tiga hari berturut-turut.
Bermula 21 hingga 23 Julai 2023, dan bertempat di Litar Antarabangsa Sepang, ini adalah pertama kalinya festival ini akan diadakan secara besar-besaran. Bersempena dengan menyambut ulang tahun yang ke-10, pihak organisasi menjanjikan kelainan buat semua yang hadir.
Menurut Wan Alman, Pengarah Hiburan di Future Sound Asia
Sepang memberi banyak sejarah dan amat bermakna buat kami kerana Festival Good Vibes yang pertama kami adakan adalah di sini iaitu pada tahun 2013. Semenjak itu, kami telah melalui pelbagai dugaan namun kami amat bangga kerana masih berada utuh di sini selepas 10 tahun. Untuk merai dan menunjukkan rasa syukur kami kepada semua yang telah bersama kami selama ini, kami akan memanjangkan festival ini kepada tiga hari dengan pilihan lineup terbesar dan terkini.

Di #GVF2023 ini anda akan menyaksikan lokasi yang besar, maka anda akan dihiburkan dengan pentas ketiga dihiburkan oleh barisan DJ lokal dan antarabangsa. Kemudian, ruang VIP yang lebih besar, begitu juga lokasi makan “Good Bites” dengan kolaborasi bersama Harvest Gourmet menyajikan menu berasaskan tumbuhan. Dan bukan itu Sahaja, kali ini ferris wheel turut akan ditempatkan di lokasi festival. Jadi anda boleh menaikinya dan mengambil gambar dengan pemandangan menyeluruh di Festival Good Vibes ini nanti!
Paling penting, kali ini, barisan artis yang bakal menyertai pentas #GVF2023 adalah bukan yang calang-calang. Antaranya, The Strokes, The 1975, The Kid LAROI, Sabrina Carpenter, DPR LIVE, DPR IAN, dan ramai lagi. Manakala barisan artis lokal adalah seperti Lunadira, Talitha, ALYPH, Blink dan ramai lagi.
Mereka bakal umumkan lebih ramai line-up di masa akan datang. Jadi, nantikan!
Jangan lupa untuk dapatkan tiket anda sekarang bermula 22 Februari 2023 dan dapatkan maklumat lebih lanjut di sini!
Pautan Berkaitan: Good Vibes Festival 2019: Fashion Sensational With Stranger Things
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
