Related Stories
Gal Gadot Dipertikai Main Watak Cleopatra
Tidak sesekali menyerah kalah – begitulah sikap Gal Gadot apabila dikecam kerana bakal memegang watak Cleopatra untuk filem biopik terbaru.
Bukan sahaja netizen, nama-nama besar dalam bidang media turut mempertikai pemilihan watak ini dengan mengatakan ia sepatutnya dimainkan oleh pelakon Arab atau Afrika. Hanna Flint, Editor The Guardian menggelarnya sebagai “langkah mundur dalam perwakilan Hollywood”, manakala pengarah Lexi Alexander pula berpendapat pelakon berkulit hitam yang harus dipilih berdasarkan struktur wajah Cleopatra.
Dalam satu wawancara bersama BBC Arabic, Gadot ditanya mengenai responnya terhadap kritikan ini. “Pertama sekali, jika mahu ikutkan fakta, Cleopatra adalah orang Macedonia,” jelas bintang Wonder Woman 1984 ini. “Kami mencari pelakon Macedonia yang sesuai untuk memegang watak ini. Tiada. Dan saya sangat teruja dengan Cleopatra.”
Tambahnya, “Bagi saya, yang menyayangi semua orang, dan mempunyai rakan di seluruh dunia sama ada mereka beragama Islam, Kristian, Katolik, Ateis atau Buddha, atau Jew semestinya, manusia adalah manusia. Dan saya mahu meraikan legasi Cleopatra dan menghormati ikon sejarah hebat yang sangat saya kagumi ini.”
Selebriti yang berasal dari Israel ini mengatakan sesiapa sahaja boleh menerbitkan filem tersebut dan menjayakannya, dan menambah, “Saya sangat teruja untuk melakonkannya dengan cara tersendiri.”
Pada Oktober lalu, Deadline melaporkan bahawa Gadot akan menjadi teraju utama serta penerbit bersama sebuah filem mengenai pemerintah Kerajaan Ptolemi kelahiran Mesir. Menerusi filem biografi ini, bintang Justice League ini akan kembali bekerjasama dengan pengarah Wonder Woman, Patty Jenkins.
Foto: Getty Images/Dia Dipasupil
Baca: Wonder Woman Gal Gadot Enggan Menyertai Filem Susulan Kerana Pemangsa Seksual
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
