Home > Gaya Hidup > 8 Kerabat Diraja Britain Yang Menderitai Penyakit Kanser
8 Kerabat Diraja Britain Yang Menderitai Penyakit Kanser
Monarki Britain, Raja Charles III telah pun memulakan rawatan pesakit luar selepas didiagnos dengan kanser prostat baru-baru ini.
Baginda disahkan menghidap barah kelima penyebab kematian lelaki itu susulan pembedahan yang dijalaninya bagi masalah prostat membesar. Bagaimanapun tiada butiran lanjut didedahkan mengenai tahap kanser yang dihidapi.
Disebabkan itu baginda terpaksa menangguhkan segala urusan rasmi bagi menjalani rawatan sewajarnya. Menurut Istana Buckingham, baginda kekal positif dan tidak sabar mahu kembali melaksanakan tugas Diraja secepat mungkin. Bagaimanapun ini bukanlah diagnos barah pertama di kalangan kerabat Britain.
Bekas isteri Putera Andrew ini didiagnos dengan barah kulit pada Januari 2024. Enam bulan sebelum itu, Sarah mendedahkan kepada umum bahawa dia disahkan menghidap kanser payudara.
Menurut rekod rasmi, Ratu Elizabeth II mangkat akibat sakit tua. Bagaimanapun Gyles Brandreth yang merupakan pengarang Elizabeth: An Intimate Portrait mendedahkan, baginda menderita sejenis kanser tulang sumsum pada tahun-tahun terakhir kehidupannya.
Dalam satu petikan daripada biografi tersebut, Gyles yang merupakan rakan karib Putera Philip berkata dia diberitahu bahawa mendiang menghidap multiple myeloma. Ratu mangkat pada 8 September 2022 ketika berusia 96 tahun.
Ibu Ratu Elizabeth II didiagnos menghidap pelbagai jenis barah sepanjang bergelar Permaisuri di samping suaminya, George VI (1936 hingga 1952). Perkara itu hanya didedahkan kepada umum hampir sedekad selepas kemangkatannya pada 30 Mac 2002 ketika berusia 101 tahun.
Pada 2009, pengarang biografi William Shawcross mendedahkan dalam buku The Queen Mother: The Official Biography bahawa baginda menjalani prosedur membuang ketumbuhan pada 1966 susulan disahkan menghidap kanser kolon. Pada 1984, baginda sekali lagi menjalani pembedahan selepas didiagnos dengan barah payudara.
Edward VIII yang diberi gelaran Duke of Windsor selepas turun takhta merupakan perokok tegar sepanjang hayatnya. Baginda mangkat pada 28 Mei 1972 ketika berusia 77 tahun akibat kanser tekak.
Pada 1951, paru-paru kiri bapa Ratu Elizabeth II terpaksa dibuang akibat ketumbuhan. Baginda tidak berjaya pulih sepenuhnya selepas pembedahan itu. Setahun kemudian pada 6 Februari 1952, baginda mangkat dalam tidur dek kanser paru-paru ketika berusia 56 tahun.
Merupakan perokok tegar seperti adiknya Raja Edward VIII, Raja George VI menghidap penyakit vaskular periferi yang menyebabkan klaudikaso tak selanjar. Bermakna, mendiang mengalami kesakitan pada ototnya akibat kekurangan oksigen.
Cahaya mata Ratu Victoria dan Putera Albert ini mangkat akibat barah payudara pada 5 Ogos 1901 ketika berusia 60 tahun. Tiga belas tahun sebelum itu, suaminya yang merupakan Maharaja Jerman, Frederik III juga terkorban akibat kanser tekak.
Semasa pemerintahannya dari 1901 hingga 1910, Raja Edward VII menghidap sejenis kanser kulit, karsinoma sel basah di sekitar hidunganya. Ia berjaya dirawat menggunakan radium pada 1907, menurut biografi Bertie Jane Ridley: A Life of Edward VII.
Baginda mangkat tiga tahun kemudian pada 6 Mei 1901 ketika berusia 68 tahun. Bagaimanapun kematiannya tiada kaitan dengan kanser, sebaliknya disebabkan oleh jangkitan paru-paru.
Baca: 6 Rakyat Biasa Yang Berkahwin Dengan Kerabat Diraja Britain
Berikut tujuh lagi kerabat yang menghidap kanser
Sarah Ferguson, Duchess of York
Bekas isteri Putera Andrew ini didiagnos dengan barah kulit pada Januari 2024. Enam bulan sebelum itu, Sarah mendedahkan kepada umum bahawa dia disahkan menghidap kanser payudara.
Ratu Elizabeth II
Menurut rekod rasmi, Ratu Elizabeth II mangkat akibat sakit tua. Bagaimanapun Gyles Brandreth yang merupakan pengarang Elizabeth: An Intimate Portrait mendedahkan, baginda menderita sejenis kanser tulang sumsum pada tahun-tahun terakhir kehidupannya.
Dalam satu petikan daripada biografi tersebut, Gyles yang merupakan rakan karib Putera Philip berkata dia diberitahu bahawa mendiang menghidap multiple myeloma. Ratu mangkat pada 8 September 2022 ketika berusia 96 tahun.
Permaisuri Elizabeth The Queen Mother
Ibu Ratu Elizabeth II didiagnos menghidap pelbagai jenis barah sepanjang bergelar Permaisuri di samping suaminya, George VI (1936 hingga 1952). Perkara itu hanya didedahkan kepada umum hampir sedekad selepas kemangkatannya pada 30 Mac 2002 ketika berusia 101 tahun.
Pada 2009, pengarang biografi William Shawcross mendedahkan dalam buku The Queen Mother: The Official Biography bahawa baginda menjalani prosedur membuang ketumbuhan pada 1966 susulan disahkan menghidap kanser kolon. Pada 1984, baginda sekali lagi menjalani pembedahan selepas didiagnos dengan barah payudara.
Raja Edward VIII
Edward VIII yang diberi gelaran Duke of Windsor selepas turun takhta merupakan perokok tegar sepanjang hayatnya. Baginda mangkat pada 28 Mei 1972 ketika berusia 77 tahun akibat kanser tekak.
Raja George VI
Pada 1951, paru-paru kiri bapa Ratu Elizabeth II terpaksa dibuang akibat ketumbuhan. Baginda tidak berjaya pulih sepenuhnya selepas pembedahan itu. Setahun kemudian pada 6 Februari 1952, baginda mangkat dalam tidur dek kanser paru-paru ketika berusia 56 tahun.
Merupakan perokok tegar seperti adiknya Raja Edward VIII, Raja George VI menghidap penyakit vaskular periferi yang menyebabkan klaudikaso tak selanjar. Bermakna, mendiang mengalami kesakitan pada ototnya akibat kekurangan oksigen.
Puteri Diraja Victoria
Cahaya mata Ratu Victoria dan Putera Albert ini mangkat akibat barah payudara pada 5 Ogos 1901 ketika berusia 60 tahun. Tiga belas tahun sebelum itu, suaminya yang merupakan Maharaja Jerman, Frederik III juga terkorban akibat kanser tekak.
Raja Edward VII
Semasa pemerintahannya dari 1901 hingga 1910, Raja Edward VII menghidap sejenis kanser kulit, karsinoma sel basah di sekitar hidunganya. Ia berjaya dirawat menggunakan radium pada 1907, menurut biografi Bertie Jane Ridley: A Life of Edward VII.
Baginda mangkat tiga tahun kemudian pada 6 Mei 1901 ketika berusia 68 tahun. Bagaimanapun kematiannya tiada kaitan dengan kanser, sebaliknya disebabkan oleh jangkitan paru-paru.
Baca: 6 Rakyat Biasa Yang Berkahwin Dengan Kerabat Diraja Britain
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
