Related Stories
Pengamalan Air Lemon Pada Waktu Pagi, Mitos Atau Kebenaran Kesihatan?
Zahirah Zulkhairi merupakan Penulis di GLAM Malaysia. Menerusi sentuhan kreatifnya, kandun...
Read Full BioDalam dunia selebriti atau pempengaruh digital, terdapat satu rahsia kesihatan yang sering dikongsi dan menjadi perhatian ramai iaitu minum air lemon pada waktu pagi. Hampir setiap kali kita melihat temu bual artis terkenal tentang rutin kesihatan, mereka akan menyebut tentang kelebihan mengamalkan air lemon sejurus selepas bangun tidur.
Trend ini bukan sekadar satu fenomena sementara, malah ia telah menjadi amalan yang diamalkan oleh pelbagai tokoh terkenal dari pelbagai bidang seperti dari pelakon Hollywood sehinggalah atlet profesional. Mereka percaya bahawa air lemon mampu memberikan keajaiban kepada tubuh, memberikan tenaga yang mencecah tahap optimum, membantu proses pencernaan, dan yang paling penting – membantu mereka kelihatan cantik dan segar pada setiap masa.
Tidak dapat dinafikan, setiap individu mahukan langkah yang mudah dan tidak rumit untuk meningkatkan tahap kesihatan mereka dengan serta-merta. Kita semua mahukan penyelesaian yang cepat, berkesan, dan tidak memerlukan usaha yang besar. Oleh itu, amalan ringkas seperti minum pada waktu pagi kelihatan begitu menarik dan mencabar kepercayaan sedia ada tentang rutin kesihatan yang kompleks.

Apakah air lemon?
Ia merupakan minuman semula jadi yang terdiri daripada air yang diperah daripada buah lemon. Biasanya, ia dibuat dengan mencairkan jus lemon ke dalam air sejuk atau air suhu bilik. Ia merupakan penggunaan separuh atau satu perahan lemon ke dalam segelas air dengan kadar yang ideal.
Apakah kebaikan minum air lemon?
Ia merupakan minuman semula jadi yang berkhasiat tinggi, memberikan pelbagai manfaat kesihatan yang bagus. Kekayaan vitamin C dalam ia menjadikannya perisai semula jadi untuk sistem imun, membantu tubuh melawan penyakit dan meningkatkan daya tahan. Setiap tegukan air tersebur membawa sejumlah antioksidan yang mampu melawan radikal bebas, melindungi sel-sel badan daripada kerosakan dan penuaan pramatang.
Dari perspektif pencernaan, ia adalah pemangkin semula jadi yang sangat berkesan. Ia merangsang pengeluaran enzim pencernaan, membantu sistem penghadaman berfungsi dengan lebih cekap, mengurangkan masalah sembelit, dan membersihkan saluran pencernaan. Proses ini bukan sahaja membantu penghadaman makanan, malah turut menyokong kesihatan usus dan mengurangkan masalah kembung serta gas.
Bagi mereka yang prihatin dengan berat badan, ia menawarkan kelebihan yang mengujakan. Ia mampu meningkatkan metabolisme, membantu pembakaran lemak, dan bertindak sebagai minuman rendah kalori yang dapat mengurangkan selera makan. Keupayaan air lemon untuk mengekalkan tahap hidrasasi yang optimum turut memainkan peranan penting dalam pengawalan berat badan dan kesihatan keseluruhan.
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
