Home > Gaya Hidup > Menu Sahur Simple Yang Wajib Anda Tahu!
Menu Sahur Simple Yang Wajib Anda Tahu!
Mari lihat dah ketahui idea menu sahur simple untuk anda menjalani ibadah puasa!
Sahur adalah istilah Islam yang merujuk pada waktu makan tertentu. Waktu sahur merupakan waktu makan sebelum fajar menjelang waktu imsak. Sahur dilakukan oleh umat islam sebagai sebahagian dari kewajiban berpuasa selama Ramadan. Sahur dalam makna mudahnya makan awal pagi sebelum memulakan ibadah puasa.
Bersahur mempunyai makna penting dan dianggap sebagai salah satu cara untuk mendapatkan tenaga yang cukup bagi menahan diri dari lapar dan dahaga ketika berpuasa. Sahur dilakukan sebelum terbit fajar agar sahur itu dianggap sah dan diterima. Menu sahur yang disediakan bergantung pada budaya dan komuniti masing-masing di seluruh dunia. Menu sahur yang sebaiknya disajikan dengan makanan berkhasiat dan bernutrisi agar bermanfaat. Sahur itu sebaiknya dilakukan secara berserdahana dan tidak terburu-buru.
Ketika bersahur pastinya kita berasa tidak berselera dan tidak lalu untuk makan kerana kita jarang makan terlalu awal di pagi hari. Rasa tidak lalu ini membuatkan seseorang individu berasa malas dan mengambil mudah akan sahur. Sebagai seorang yang berpendidikan dan intelektual anda perlu bijak dalam memilih makanan yang bersesuaian pada waktu sahur ini. Pemilihan yang bijak membantu badan anda untuk menghadam makanan tersebut dengan mudah. Pilihlah makanan yang bersesuaian dan bermanfaat untuk tubuh anda.
Menu bubur nasi sangat sesuai untuk bersahur kerana bubur merupakan karbohidrat kompleks. Karbohidrat ini memberikan tenaga tahan lama yang membantu menjaga stamina dan ketahanan selama ibadah puasa. Menu ini juga membantu menghidrasikan badan. Bubur yang dimasak dengan air dapat membantu menjaga hidrasi tubuh. Selian itu, menu ini mudah disiapkan dan memberikan rasa kenyang yang berpanjangan terutamanya pada waktu sahur.
7 Menu Sihat Sahur Untuk Anda Cuba Sempena Ramadan
Makanan yang berkhasiat sangat digalakkan dalam Islam ketika bersahur. Makanan yang berkhasiat meningkatkan kebolehupayaan badan untuk bertahan dan kekal bertenaga serta sihat ketika berpuasa. Penjagaan nutrisi dan pengambilan makanan sangat penting ketika anda berpuasa. Pemakanan yang baik perlu dirancang secara teliti agar kita tidak kecundang di tengah jalan. Masa penyediaan danpenyediaan juga perlu diambil perhatian agar makanan yang disediakan dalam kadar cepat dan sempurna. Disini GLAM kongsikan antara menu mudah untuk disediakan anda di luar sana.1. Sandwich
Sumber imej dari Google
Makanan berasaskan protein dan karbohidrat amat sesuai untuk bersahur. Sandwich dianggap sebagai makanan sihat karana dapat menyediakan keseimbangan nutrisi dan fleksibiliti dalam pemilihan bahan. Sebuah sandwich yang sihat dapat menyediakan keseimbangan antara karbohidrat, protein, lemak sihat, serta vitamin dan mineral dari sayuran atau buah-buahan. Keseimbangan ini sangat bagus untuk badan berfungsi dengan baik. Kepelbagaian bahan yang terdapat dalam hidangan ini mengutamakan diet yang seimbang mengikut piramid makanan yang perlu seseorang ambil dalam satu pengambilan makanan.2. Oatmeal dan Buah-Buahan
Sumber imej dari Google
Oatmeal dan buah-buahan merupakan pilihan yang baik untuk sahur karana kombinasinya memberikan sejumlah manfaat baik bagi kesihatan dan dapat memenuhi keperluan nutrisi badan selama berpuasa. Selain itu, menu ini juga kaya dengan serat, yang membantu menjaga perasaan kenyang lebih lama. Serat juga membantu sistem pencernaan dan mengatur kadar gula dalam darah. Menu ini juga mudah disediakan dan tidak memerlukan penyediaan yang rumit.3. Smoothie
Sumber imej dari Google
Menu ini mempunyai nutrisi yang tinggi. Campuran pelbagai bahan seperti buah-buahan, sayuran, yogurt dan protein tambahan seperti whey protein atau almond butter, smoothie dapat memberikan sejumlah nutrisi yang baik. Selain itu, menu ini juga mudah dicernakan oleh badan. Menu berbentuk cecair ini mengurangkan beban pencernaan ketika waktu sahur dan menurangkan risiko terkena Ketidakhadaman perut.4. Roti Dan Kari Daging
Sumber imej dari Google
Menu ini termasuk dalam senarai kali ini kerana untuk pengetahuan anda, Kari mengandungi lemak sihat, terutamanya apabila masakan kari itu menggunakan minyak zaitun atau santan kelapa. Lemak sihat yang diperolehi dari menu ini amat penting bagi fungsi tubuh yang optimal. Lemak sihat ini penting kerana ia merupakan komponen utama dari membran sel. Lemak sihat yang diperoleh dari lemak dalam diet membantu membentuk struktur sel dan memainkan peranan penting dalam integritas sel.5. Bubur Nasi
Sumber imej dari Google
See Also
6. Salad Kekacang
Sumber imej dari Google
Salad kacang umumnya cenderung lebih rendah kalori dibandingkan dengan hidangan yang berasaskan karbohidrat atau lemak. Ini dapat membantu menjaga jumlah kalori yang masuk tetap seimbang selama periode puasa.7. Pancake Pisang Tanpa Tepung
Sumber imej dari Google
Menu mudah dengan cara penyedian yang memerlukan tiga bahan sahaja iaitu pisang matang, telur dan baking powder. Menu ini terdiri dri pisang yang akan kalium. Kalium merupakan mineral yang penting untuk fungsi otot, keseimbangan bendalir tubuh, dan tekanan darah yang sihat. Selian itu menu mudah ini juga kaya akan serat dan mineral. Dua bahan ini merupakan bahan penting yang diperlukan oleh tubuh untuk bertenaga dan kekal aktif sepanjang berpuasa.Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
