Home > Gaya Hidup > Senaman Yang Anda Boleh Lalukan Ketika Berpuasa
Senaman Yang Anda Boleh Lalukan Ketika Berpuasa
Mari lihat dan cuba senaman yang anda boleh lakukan ketika berpuasa untuk kekal aktif dan bertenaga sepanjang Ramadan!
Dalam kita berpuasa, kesihatan juga perlu diutamakan. Kesihatan perlu dijaga supaya tubuh anda boleh melakukan tugasnya dengan efektif walaupun berpuasa. Berpuasa bukan alasan anda untuk bermalasan dan tidak bersenam. Ketika berpuasa, tubuh badan setiap individu mengalami perubahan rutin terutamanya dalam makan dan minum. Perubahan ini seterusnya dapat mempengaruhi tenaga dan kesihatan secara keseluruhan seseorang individu. Dalam menjalani ibadah puasa, bersenam juga perlu agar badan kita mengeluarkan peluh. Badan yang berpeluh merupakan badan yang sihat. Bersenam pada bulan Ramadan dilakukan dengan kadar yang perlu sahaja. Jangan bersenam berlebihan kerana dikhuatiri dapat mencederakan diri sendiri.
Senaman yang boleh dilakukan ketika bulan puasa adalah senama ringan yang tidak memudaratkan. Senaman yang dilakukan hanya melibatkan beberapa langkah mudah agar badan bergerak dan meregang. Regangan dan pergerakan ini seterusnya membantu dalam pelancaran aliran darah dan saraf. Kesihatan jantung iaitu kardiovaskular juga perlu diambil perhatian. Aktiviti bersenam ringkas ini membantu dalam mengekalkan kesihatan kardiovaskular yang bagus.
Anda semua disarankan untuk mengambil peluang berpuasa ini untuk kekal aktif dan bertenaga. Kebayakkan individu akan berasa mudah mengantuk ketika berpuasa. Dengan bersenam kita dapat mengelakkan rasa mengantuk ini dan kekal cergas. Selain itu, senaman membantu dalam menyegarkan pikiran dan membuat kita lebih fokus. Penyegaran dan fokus ini penting dalam melakukan aktiviti seharian ketika berpuasa seperti memandu.
Bersenam juga dapat membantu kita dalam menjaga kesihatan mental ketika berpuasa. Rasa penat ketika berpuasa akan menyebabkan seseorang itu mudah beremosi dan marah. Bersenam secara tidak langusung membantu dalam mengurangkan stress dan menigkatkan kualiti tidur anda. Kesihatan mental yang baik itu perlu supaya kita menjadi seorang yang rasional dan berfikiran positif. Dalam bersenam juga, kita perlu menjaga rehat dan tidur kita. Rehat dan bersukan perlu seimbang supaya anda menjadi individu yang holistik bukan sahaja mahir dalam kerja malah hebat dalam bersukan.
Penting diingatlan bersukan dalam saat berpuasa harus dilakukan dengan bijak. Bersukan secara terus dan intensiti tinggi dapat menyebabkan dehidrasi dan kelelahan. Selalu diingatkan supaya membuat sesuatu dengan kemampuan sendiri dan berhenti jika berasa penat. Seterusnya, pastikan anda untuk minum banyak air ketika berpuasa untuk menjaga hidrasi tubuh yang optimal. Perundingan dengan professional kesihatan diperlukan jika anda memiliki sebarang peetanyaan dalam senaman ketika berpuasa.
5 Jenis Senaman Ringkas Yang Sesuai Anda Lakukan Ketika Berpuasa!
1. Yoga
Sumber imej dari Google
Senaman yoga merupakan satu senaman berbentuk meditasi yang membantu menenangkan fikiran dan mengurangkan stress. Senaman ini membantu dalam mengekalkan kesejahteraan rohani mental secara keseluruhan. Yoga juga banyak menggunakan pergerakkan kaki yang secara tidak langsung menguatkan kekuatan otot. Senaman ini bagus bagi mengawal emosi dan kesahteraan mental ketika anda berpuasa.2. Brisk Walk
Sumber imej dari Google
Senaman brisk walk merupakan senaman berjalan dengan langkah yang cepat dan aktif. Aktiviti ini merupakan aktiviti fizikal aerobik yang mudah tetapi memberi banyak manfaat terhadap kesihatan. Aktiviti ini membantu dalam meningkatkan degupan jantung dan sirkulasi darah. aktiviti ini membantu dalam mengurangkan risiko penyakit jantung dan stroke. Brisk walk juga boleh dilakukan 30 minit sebelum berbuka kepada individu yang mempunyai kekangan masa untuk bersenam di bulan Ramadan.3. Senaman Yang Anda Boleh Lalukan Ketika Berpuasa: Pilates
Sumber imej dari Google
Senaman yang diasaskan oleh Joseph Pilates pada abad ke-20 ini merupakan senaman yang mengfokuskan kekuatan dalaman, fleksibiliti, postur dan penjagaan tubuh badan. Senaman ini sesuai dan boleh dilakukan oleh semua peringkat umur dan jantina. Aktiviti ini membantu dalam kedudukan dan postur badan. Senaman ini bagus kepada mereka yang mempunyai masalah lenguh sendi dan sakit badan.4. Berbasikal
Sumber imej dari Google
Berbasikal mempunyai kebaikan unik, iaitu meningkatkan sistem pencernaan. Aktiviti dan posisi berbasikal membantu dalam merancang sistem pencernaan dan dapat mencegah masalah pencernaan seperti sembelit. Seterusnya, berbasikal adalah cara yang efektif untuk membakar kalori. senaman ini juga bagus untuk mengurangkan berat badan dan menjaga berat badan yang sihat. Senaman ini bagus bagi mereka yang menjaga kelansingan tubuh pada bulan puasa.
5. Regangan
Sumber imej dari Google
Aktiviti regangan secara teratur membantu mengurangkan ketegangan otot yang disebabkan oleh stress, postur yang buruk atau aktiviti fizikal yang berlebihan. Aktiviti ini juga dapat melancarkan aliran darah ke otot, meningkatkat bekalan oksigen serta nutrisi ke sel-sel tubuh. Regangan membantu dalam pemulihan otot dan meningkatkan kesihatan kardiovaskular. Aktiviti amat dissarankan untuk dilakukan di bulan puasa kerana mudah dan boleh dilakukan di mana sahaja.Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
