Related Stories
Kereta Raya Mercedes E-Class Baharu Definisi Sedan Mewah
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full BioSedan mewah terkini dari Mercedes-Benz ini menjanjikan pengalaman memandu yang premium sambil dibantu oleh kemudahan teknologi AI yang direka khas untuk menghargai kehidupan aktif wanita moden.
Bila bercerita tentang kereta mewah yang sesuai untuk wanita profesional, Mercedes-Benz E-Class baharu membawa tafsiran kesempurnaan ke tahap berbeza. Memperkenalkan varian E 200 AVANTGARDE dan E 350 e AMG Line, sedan mewah ini hadir dengan teknologi terkini yang memahami apa yang diperlukan pemandu tanpa perlu diminta.

Menariknya, E-Class baharu dilengkapi dengan fungsi “Routines” yang dipacu oleh kecerdasan buatan (AI). Bayangkan kereta yang dapat belajar tabiat harian anda, seperti membuka tingkap automatik apabila anda tiba di tempat kerja, atau menghidupkan pendingin tempat duduk. Kemudahan kecil ini menjadikan hidup seharian lebih lancar, terutamanya untuk wanita yang sentiasa sibuk dengan pelbagai tanggungjawab.
MBUX Superscreen pada varian E 350 e mengubah papan pemuka menjadi pusat digital yang menarik dengan tiga paparan yang disepadukan secara lancar. Ia menawarkan pengalaman yang imersif dan futuristik, dilengkapi sistem bunyi Burmester® 4D yang menakjubkan. Bagi yang mementingkan privasi semasa panggilan mesyuarat dalam kereta, kemudahan video konferens seperti Webex dan Zoom tersedia dengan kamera selfie bawaan.

Untuk pengalaman memandu yang tenang, E-Class baharu direka dengan aerodinamik yang lebih baik (nilai C₄ 0.23) berbanding pendahulunya. Ini menjadikan perjalanan jauh lebih senyap dan selesa, sesuai untuk wanita yang menghargai ketenangan ketika bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang berlainan.
Varian E 200 menggunakan enjin petrol empat silinder dengan bantuan elektrik daripada integrated starter-generator (ISG) yang menghasilkan kuasa elektrik 17 kW dan tork pendorong sehingga 205 Nm. Ini membolehkan kereta mencapai 100 km/j dalam masa 7.5 saat sahaja.

Bagi yang mementingkan kelestarian, E 350 e hadir dengan teknologi plug-in hybrid yang menyediakan jarak perjalanan elektrik sepenuhnya sehingga 118 kilometer (WLTP). Dengan kuasa sistem 230 kW (313 hp) dan tork maksimum 550 Nm, varian ini menawarkan kombinasi prestasi dan kecekapan yang sempurna. Ia mampu mencapai 100 km/j dalam 6.4 saat yang mengujakan.
Ruang dalaman E-Class mencerminkan kemewahan kontemporari dengan reka bentuk yang berpusat pada pemandu. Tempat duduk E 350 e dilapisi kulit asli dengan corak beralun membujur, serta dilengkapi fungsi pemanasan dan pengudaraan tiga peringkat yang menjaga keselesaan anda dalam apa jua cuaca.

Teknologi keselamatan dan bantuan pemandu juga tersedia, termasuk Active Distance Assist DISTRONIC, Active Lane Keeping Assist, dan Parking Package dengan kamera 360 darjah. Pakej Driving Assistance Plus yang dipertingkatkan menjanjikan perjalanan yang lebih selamat dengan bantuan pemanduan yang komprehensif.
Artikel berkaitan Gaya Selebriti Wanita Yang Hadir Ke Mercedes Benz-Fashion Week KL 2024
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
